Skip to main content

Selebriti

Mualim Muda 2: Minggu Kedua Tampilkan Gandingan Duo, Bawa Topik Pesan Nabi

Mualim Muda 2: Minggu Kedua Tampilkan Gandingan Duo, Bawa Topik Pesan Nabi

Sekilas

  • Mualim Muda Musim 2 kini memasuki minggu kedua dengan cabaran persembahan duo bertemakan ‘Pesan Nabi’ yang lebih mencabar.
  • Peserta minggu pertama berjaya tunjukkan persembahan penuh emosi dan Aizuddin dinobatkan sebagai Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan.
  • Program disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh distrim melalui Astro GO dan Ultra Box.
Advertisement

Selepas menyaksikan aksi pembukaan yang cukup hebat pada minggu pertama, cabaran Mualim Muda Musim 2 kini diteruskan dengan minggu kedua yang pastinya menjanjikan kelainan buat penonton.

Menerusi episod pertama, para peserta berjaya mempamerkan persembahan penuh emosi yang menyentuh hati, selain menerima kata-kata semangat dan teguran membina daripada barisan juri.

Advertisement

Namun untuk minggu kedua, tugasan yang diberikan agak mencabar di mana para peserta akan membuat persembahan secara duo dengan mengangkat topik pilihan iaitu ‘Pesan Nabi’.

Menariknya, gandingan duo dalam satu persembahan pastinya memberikan pengalaman berbeza, sekali gus menguji kemampuan peserta untuk menyampaikan mesej dan pengisian yang mampu memberi manfaat kepada penonton.

Adakah mereka mampu memberikan persembahan yang lebih mantap dan meninggalkan kesan mendalam seperti minggu pertama?

Advertisement

Saksikan Mualim Muda Musim 2 pada Sabtu, 7 November, jam 9 malam menerusi Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105).

Penonton juga boleh menyaksikan program ini secara strim menerusi Astro GO dan Ultra Box!

Untuk info, minggu pertama menyaksikan rezeki berpihak kepada Mualim Muda Aizuddin yang merupakan penerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan bagi minggu tersebut.

Kemenangan itu sekaligus menandakan Aizuddin berada di kedudukan pertama.

Bagaimanapun, tiga nama yang berada dikedudukan terendah pula adalah Mualim Muda Syafiq, Aidil dan Qamarul.

Namun, mereka menarik nafas lega dan mengucapkan rasa syukur apabila tiada penyingkiran diumumkan di minggu pertama.


 

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement