Skip to main content

Hiburan

Mualim Muda 2: Pengikut Ramai Bukan Segalanya, Raja Tegaskan Pendakwah Perlu Ada Ilmu

Mualim Muda 2: Pengikut Ramai Bukan Segalanya, Raja Tegaskan Pendakwah Perlu Ada Ilmu

Sekilas

  • Raja, peserta Mualim Muda 2, mengakui jumlah pengikut media sosialnya adalah kelebihan, tetapi menegaskan ilmu dan bakat lebih penting dalam berdakwah.
  • Beliau percaya populariti perlu disertai dengan ilmu, bakat, dan hikmah supaya dakwah yang disampaikan memberi manfaat kepada masyarakat.
  • Mualim Muda 2 akan bersiaran mulai 31 Oktober 2026 di Astro Oasis dan Astro Prima, dengan barisan juri dan hos yang terdiri daripada tokoh pendakwah dan selebriti.
Advertisement

Bintang Mualim Muda 2, Raja mengakui jumlah pengikut yang ramai di media sosial mungkin menjadi antara kelebihan yang dimilikinya berbanding peserta lain dalam program berkenaan.

Bagaimanapun, Raja tidak menganggap jumlah pengikut yang ramai sebagai ukuran utama kehebatan seseorang, sebaliknya mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari dalam usaha memperkukuh ilmu dan kemahiran berdakwah.

Advertisement

“Saya rasa mungkin kelebihan saya hanyalah mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Tetapi kelebihan peserta lain pula adalah dari segi ilmu dan bakat yang mereka miliki.

“Kalau hendak bercakap tentang bakat saya, rasanya bakat saya cuma bercakap di hadapan kamera sahaja. Alhamdulillah, saya akui peserta lain memang sangat hebat dan mempunyai pelbagai kelebihan. Masya-Allah,” katanya kepada Gempak.

Namun, Raja berpandangan jumlah pengikut di media sosial kini turut memainkan peranan dalam cara masyarakat menilai kredibiliti dan tahap ilmu seseorang individu.

Advertisement

Bagaimanapun, Raja menegaskan populariti semata-mata tidak mencukupi kerana seseorang pendakwah juga perlu mempunyai ilmu, bakat dan hikmah ketika menyampaikan dakwah.

“Pada pandangan saya, mempunyai jumlah pengikut yang ramai juga memainkan peranan penting. Bagaimanapun, selain jumlah pengikut, seseorang pendakwah perlu mempunyai bakat, ilmu dan hikmah dalam menyampaikan dakwah.

“Semua aspek itu perlu bergerak seiring supaya ilmu yang disampaikan benar-benar memberikan manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Mualim Muda 2 membawa kembali pendakwah bebas Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan musim ini menampilkan wajah baharu, Ustazah Asni Masnor sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Program Mualim Muda akan bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.
 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement