Skip to main content

Hiburan

Mualim Muda 2: Sebarkan Ilmu Perlu Jadi Pegangan Utama, Kamilin Jamilin Mahu Peserta Beri Manfaat Pada Masyarakat

Mualim Muda 2: Sebarkan Ilmu Perlu Jadi Pegangan Utama, Kamilin Jamilin Mahu Peserta Beri Manfaat Pada Masyarakat

Sekilas

  • Dr Kamilin Jamilin tekankan disiplin ilmu sebagai aspek utama dalam penilaian peserta Mualim Muda 2, walaupun peserta datang dari pelbagai latar belakang bukan agama.
  • Beliau ingatkan peserta supaya fokus pada penyampaian ilmu yang tepat dan manfaat kepada masyarakat, kerana kemahiran persembahan boleh diperbaiki melalui latihan.
  • Mualim Muda 2 akan bersiaran mulai 31 Oktober 2026 di Astro Oasis dan Astro Prima, dengan barisan juri dan hos baru serta penekanan pada persiapan peserta menghadapi dunia selebriti.
Advertisement

Juri tetap Mualim Muda 2, Dr Kamilin Jamilin menegaskan aspek disiplin ilmu menjadi keutamaan dalam penilaiannya terhadap setiap peserta yang menyertai program berkenaan.

Menurut Dr Kamilin, peserta Mualim Muda 2 hadir daripada pelbagai latar belakang dan tidak semestinya mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian agama.

Advertisement

Justeru, perkara paling penting adalah keupayaan mereka menyampaikan ilmu dengan baik serta memberikan manfaat kepada masyarakat.

“Peserta kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Mereka tidak semestinya datang daripada bidang pengajian agama.

“Kita mahu menghimpunkan pelbagai bakat ini, tetapi kuncinya hanya satu, iaitu bagaimana mereka mampu menyampaikan ilmu dan memberikan manfaat kepada masyarakat.

Advertisement

“Sebagai juri, saya lebih memberikan perhatian kepada pengisian, penyampaian serta disiplin ilmu yang diketengahkan oleh peserta. Jadi, untuk aspek yang saya nilai, saya tidak boleh terlalu berlembut,” katanya.

Tambahnya, ketegasan dalam aspek tersebut penting bagi memastikan peserta tidak mengambil mudah perkara berkaitan ilmu, memandangkan kemahiran persembahan dan komunikasi masih boleh diperbaiki menerusi latihan.

Bagaimanapun, disiplin ilmu memerlukan proses pembelajaran yang panjang serta asas yang kukuh sebelum seseorang mampu menyampaikan sesuatu perkara dengan tepat.

“Kalau kita terlalu berlembut, saya bimbang mereka akan mengambil mudah dan akhirnya mengabaikan perkara yang sebenarnya sangat penting. Bagi saya, disiplin ilmu merupakan aspek paling utama.

“Persembahan, gaya dan kemahiran bercakap boleh diperbaiki dari semasa ke semasa melalui latihan. Tetapi disiplin ilmu memerlukan proses pembelajaran yang panjang. Ia mengambil masa untuk dibina dan perlu bermula dengan asas yang kukuh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kamilin turut berharap peserta Mualim Muda 2 dapat mempersiapkan diri untuk mengendalikan kehidupan apabila mula mendapat perhatian masyarakat dan memasuki dunia selebriti.

Sehubungan itu, Kamilin berharap para peserta dapat memahami realiti kehidupan apabila mula dikenali ramai dan tidak membiarkan populariti mengubah prinsip yang dipegang.

“Sebelum kita dikenali dan tampil ke hadapan, belajarlah terlebih dahulu.

“Hal ini kerana apabila kita sudah mula dikenali, berada pada kedudukan tinggi dan mendapat perhatian masyarakat, semakin sukar untuk kita kembali ke belakang.

“Masa juga semakin terhad kerana kita sudah mempunyai pelbagai komitmen. Apabila semakin popular, mungkin kita juga mula berasa malu untuk mengakui kesilapan sendiri kerana tidak mahu meletakkan diri dalam keadaan yang dianggap memalukan,” katanya lagi.

Mualim Muda 2 membawa kembali pendakwah bebas Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan musim ini menampilkan wajah baharu, Ustazah Asni Masnor sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Program Mualim Muda akan bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.
 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement