Skip to main content

Selebriti

Mualim Muda 2: Syafiq Akur Diumum Tersingkir, Semak Senarai Markah Penuh - “Maaf, Saya Tak Dapat Berikan Yang Terbaik…”

Mualim Muda 2: Syafiq Akur Diumum Tersingkir, Semak Senarai Markah Penuh - “Maaf, Saya Tak Dapat Berikan Yang Terbaik…”

Sekilas

  • Mualim Muda Syafiq diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir selepas berada di kedudukan terbawah dengan markah 53%.
  • Mualim Muda Aizuddin kekal di tangga pertama dengan markah 87% dan menerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan tiga minggu berturut-turut.
  • Program Mualim Muda disiarkan di Astro Oasis dan Astro Prima serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka mulai 31 Oktober 2026.
Advertisement

Minggu ketiga menyaksikan Mualim Muda Syafiq diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir.

Berada di kedudukan tiga terbawah, Syafiq yang menyampaikan topik Tekanan Menjadi Perfect dengan tema yang diberikan iaitu Titik Terendah terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Advertisement

“Saya nak minta maaf kerana tak dapat berikan yang terbaik malam ini.

“Tetapi macam mana pun sahabat sahabat saya, walaupun Mualim Muda sudah tiada di sini, tapi demi senyuman baginda Nabi SAW, akan berkekalan sampai bila-bila,” ujarnya.

Selain Syafiq, dua lagi nama yang berada di tangga terbawah adalah Aidil dan Yusuf.

Advertisement

Sementara itu, Mualim Muda Aizuddin sekali lagi mengekalkan kedudukan ditangga pertama selepas namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan bagi tiga minggu berturut-turut.

Manakala Mualim Muda Mustaqim pula dinobatkan sekali lagi sebagai penerima Mualim Muda Tergempak hasil undian di minggu kedua.

Berikut merupakan senarai markah penuh:

1.Mualim Muda Aizuddin - 87.00%

2.Mualim Muda Adam Tan - 81.00%

3.Mualim Muda Khaiqal - 79.00%

4.Mualim Muda Mustaqim - 78.00%

5.Mualim Muda Qamarul - 76.00%

6.Mualim Muda Yazid - 72.00%

7.Mualim Muda Raja - 72.00%

8.Mualim Muda Aidil - 72.00%

9.Mualim Muda Yusuf - 64.00%

10.Mualim Muda Syafiq - 53.00%

Kesemua peserta dinilai oleh barisan juri yang berpengalaman iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustazah Asni Mansor dan Prof. Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff.

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Program Mualim Muda bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Must Watch Video

Advertisement