Skip to main content

Hiburan

Mualim Muda 2: Yazid Jadikan Rasa Gentar Sebagai Kekuatan, Enggan Biarkan Keyakinan Terjejas

Mualim Muda 2: Yazid Jadikan Rasa Gentar Sebagai Kekuatan, Enggan Biarkan Keyakinan Terjejas

Sekilas

  • Yazid, peserta muda berusia 22 tahun dalam Mualim Muda 2, mengakui rasa gementar tetapi menjadikannya sebagai motivasi untuk berikan yang terbaik.
  • Dia percaya idea segar tidak bergantung pada usia, sebaliknya pengalaman peserta lebih berusia menjadi kelebihan mereka.
  • Yazid berhasrat memperbaiki idea dengan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada individu lebih berpengalaman sepanjang pertandingan.
Advertisement

Baru berusia 22 tahun, bintang Mualim Muda 2, Yazid mengakui agak gementar untuk bersaing dengan peserta-peserta yang lebih senior.

Bagaimanapun, Yazid mahu menjadikan perasaan itu sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan.

Advertisement

“Sejujurnya, kalau saya katakan langsung tidak gentar, itu sesuatu yang mustahil. Kadangkala, walaupun kita bertanding dengan peserta yang sebaya, perasaan gentar itu tetap ada apabila menyertai sesebuah pertandingan.

“Jadi, memang saya akui ada perasaan gentar, tetapi saya cuba menjadikan perasaan tersebut sebagai satu kekuatan. Kalau kita membiarkan perasaan gentar itu terlalu menguasai diri sehingga menghancurkan keyakinan, perkara tersebut perlu dielakkan.

“Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu mengawal perasaan gentar itu dengan baik,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, meskipun mampun memberikan idea yang lebih segar namun Yazid pecaya perkara tersebut tidak semestinya bergantung pada faktor usia seseorang.

Jelasnya, peserta yang lebih berusia mempunyai kelebihan dari segi pengalaman, manakala golongan muda juga mampu mengetengahkan pandangan tersendiri berdasarkan pemerhatian dan didikan yang diterima.

Justeru, dia berhasrat untuk terus memperbaiki setiap idea yang dibawa dengan mendapatkan pandangan serta nasihat daripada individu yang lebih berpengalaman.

“Bagi saya, idea yang lebih segar itu sebenarnya tidak tertakluk kepada faktor usia semata-mata.

Apabila seseorang itu semakin berusia, dia mempunyai satu kelebihan yang sangat istimewa, iaitu pengalaman.

“Itulah perkara yang masih kurang pada diri saya. Tetapi apabila saya katakan kurang pengalaman, bukan bermaksud saya langsung tidak mempunyai pengalaman. Jadi, dari segi idea baharu, memang saya mempunyai idea tersendiri. Namun, untuk mengatakan idea saya lebih baik daripada peserta lain, mungkin ya dan mungkin juga tidak.

“Apa yang boleh saya katakan, setiap idea yang saya lontarkan merupakan hasil didikan keluarga serta pemerhatian saya terhadap pelbagai permasalahan yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada masa kini. Insya-Allah, setiap idea tersebut akan sentiasa saya perbaiki.

“Saya juga akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman supaya tidak dilihat sebagai seorang yang sombong atau mendabik dada. 

“Saya sedar bahawa saya masih muda dan belum mempunyai pengalaman yang luas. Sebab itu, saya akan sentiasa bertanya dan belajar daripada individu yang lebih berpengalaman,” ujarnya.

Mualim Muda 2 membawa kembali pendakwah bebas Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan musim ini menampilkan wajah baharu, Ustazah Asni Masnor sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement