Sekilas
- Noor Neelofa menegaskan tiada unsur ‘favouritism’ dalam penglibatannya sebagai juri program Mualim Muda dan hanya berbincang dengan suaminya, Haris Ismail, mengenai aspek pengacaraan.
- Mualim Muda menampilkan 10 peserta yang diuji bakat dan menilai kebolehan menyampaikan tazkirah, kepimpinan, dan komunikasi secara santai tanpa penyingkiran pada minggu pertama.
- Program ini akan disiarkan mulai 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima serta boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Pelakon, Noor Neelofa memaklumkan tiada sebarang unsur ‘favouritism’ dalam penglibatannya sebagai juri program dakwah, Mualim Muda.
Menurut Neelofa, dia tidak mengenali semua peserta yang bertanding dan perbualannya bersama suami iaitu Haris Ismail yang juga merupakan hos Mualim Muda lebih tertumpu kepada aspek pengacaraan.
“Tiada ‘favouritism’, saya tak kenal semua peserta, cuma kami berborak mengenai cara dia (suami) mengendalikan program itu.
“Sebagai contoh banyak benda yang dia kena sebut dan ingat,” katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Neelofa berpendapat, gaya pengacaraan suaminya bersesuaian dengan konsep program selain dibawakan secara natural.
“Pada saya cara dia mengacara okay, dia bawa dengan cara dia sendiri, maksudnya dia menjadi diri dia sendiri.
“Program beginikan macam banyak ruang untuk bertanding secara santai, agak berbeza dengan Meletop.
“Macam Meletop banyak berbual dan juga buat lawak jadi untuk Mualim Muda ini pula lebih ‘straight forward’.
“Dia kata alhamdulillah tak gementar, semua okay. Sebab dia pun sebelum ini sudah banyak berada dalam majlis majlis di luar sana,” ujarnya.
Minggu pertama Mualim Muda menyaksikan Zaimi, Saad dan Ashraf berada di kedudukan tiga terendah.
Bagaimanapun nasib menyebelahi mereka apabila tiada penyingkiran diumumkan.
Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.