Mualim Muda, Shamsul akui reda dengan keputusan selepas diumumkan tersingkir daripada program tersebut pada minggu separuh akhir.
Menurut Shamsul, dia percaya setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan merasakan rezekinya mungkin berada di luar pentas pertandingan itu.
“Tandanya adalah rezeki saya berada di luar. Saya cakap kat kawan-kawan semua kan. Saya korbankan diri saya ni untuk korang masuk final, jangan sia-siakan pengorbanan saya. Ah, maksudnya bukanlah saya taknak ke final cuma saya korbankan diri saya,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai persembahan terakhirnya, Shamsul mengakui ia bukanlah persembahan terbaik yang mampu ditampilkan.
"Saya sebenarnya rasa persembahan saya tadi bukan diri saya yang sebenar. This is not my best show lah yang saya boleh buat kan, tapi I did my best.
“Maksudnya kita merancang, Allah pun merancang tapi Allah bagi itu yang terbaik. Tiba-tiba atas pentas tadi saya tiba-tiba terlupa. Itu yang saya sangkut, tiba-tiba fumble dan sebagainya, tu yang Tuhan nak bagi.
“Dan saya bila diumumkan saya disingkir saya macam, Ya Allah, legalah. Saya tak ada rasa kekesalan, kekecewaan yang sangat banyak,” tambahnya.