Skip to main content

Hiburan

Muat Naik Foto Pakai Turban Dan Topi, Netizen Titip Doa Minta Norreen Iman Terus Istiqamah Jaga Aurat - “Kuatkan Semangat…”

Astro Gempak 256

Sekilas

  • Noreen Iman berkongsi foto terkini di Threads yang memaparkan dirinya dengan hijab gaya turban dan topi, menarik perhatian netizen.
  • Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi, termasuk nasihat dan doa agar Noreen terus istiqamah menjaga aurat.
  • Sebelum ini, Noreen pernah menangis ketika memadam gambar lama tanpa tudung, namun tidak menyesal dengan keputusan berhijab sepenuhnya.
Advertisement

Perkongsian terbaharu pempengaruh dan pelakon Noreen Iman di media sosial mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping foto memaparkan dirinya mengenakan hijab gaya turban selain ada yang hanya memakai topi.

Menerusi hantaran di Threads, Noreen berkongsi beberapa gambar yang memperlihatkan rutin serta kehidupannya sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menitipkan nasihat dan doa agar pelakon berkenaan terus istiqamah menjaga aurat.
 

scdv
“Ada bau-bau nak buka tudung. Kuatkan semangat Noreen. Ingat hidup ini sekejap saja,” tulis seorang pengguna.

“Tak perlu jadi lebih baik daripada orang lain. Cukuplah kita jadi lebih baik daripada diri kita semalam. Insya-Allah boleh,” komen seorang lagi.

“Jauh daripada manusia tak mengapa, jangan jauh daripada Allah. Kita cuba ya.

Advertisement
dvf


“Cuba cari masa, duduk lebih lama selepas solat, mengaji dan fikir semula setiap keputusan yang dibuat. Semoga setiap ujian dan nikmat yang Allah beri mendekatkan Noreen kepada-Nya,” tulis pengguna tersebut.

Terdahulu, Noreen menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan imej berhijab sepenuhnya.

Pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu sebelum ini turut mendedahkan dia menangis ketika terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung, namun percaya segala kesedihan tersebut akan berlalu.

Malah, Noreen juga pernah menegaskan dirinya tidak mempunyai secebis penyesalan selepas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

ASICS Netburner Professional FF 4 Women Netball Shoes In Pearl Pink/Morganite

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Must Watch Video

Advertisement