Skip to main content

Hiburan

Muat Naik Hantaran Berbentuk Kiasan, Abby Abadi Raih Perhatian Ramai - “Tetapi Ini Bukan Tentang Burung”

Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi memuat naik hantaran berbaur kiasan di media sosial yang dipercayai mempunyai maksud tersirat mengenai kesukaran dan cabaran yang dihadapi.
  • Hantaran tersebut mencuri perhatian warganet yang berteka-teki tentang siapa yang dimaksudkan, dengan ada yang mengaitkannya dengan bekas menantunya, Ahmad Aslam.
  • Abby sebelum ini meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Syariah mengesahkan perceraian anaknya, Marissa Dania Hakim, dengan Ahmad Aslam dan menetapkan mereka perlu akad nikah semula jika ingin rujuk.
Advertisement

Hantaran pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang memuat naik satu hantaran berbaur kiasan di media sosial telah menyorot perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian itu, Abby memuat naik kata-kata berbentuk kiasan yang dipercayai mempunyai maksud tersirat.

Advertisement

“Nanti jika aku sudah berhasil, akan ku ceritakan macam mana susahnya seekor burung terbang dengan satu sayap.

“Tetapi ini bukan tentang burung.” tulisnya.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini tidak mendedahkan secara terperinci sama ada luahan itu ditujukan kepada mana-mana pihak.

Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya berteka-teki kepada siapakah hantaran itu ditujukan.

Malah, ada yang mengaitkan hantaran itu dengan perkongsian dimuat naik bekas menantunya, Ahmad Aslam yang sebelum ini turut menggunakan perumpamaan mengenai seekor burung.

Terdahulu, Abby meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Syariah mengesahkan anaknya, Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam telah bercerai.

Mahkamah turut memutuskan pasangan itu perlu menjalani akad nikah baharu sekiranya ingin kembali sebagai suami isteri.

Sebelum ini, Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali sebelum pasangan itu dilaporkan kembali rujuk.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement