Pelakon dan aktivis kemanusian, Ardell Aryana berdepan detik cemas apabila tiba-tiba rebah sewaktu menuju ke bas untuk pulang ke hotel selepas selesai berucap di sidang media ang berlangsung di Balai Ketibaan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ardell atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Mohd Amin, 35, itu kelihatan pucat sebelum rebah di hadapan orang ramai yang hadir menyambut kepulangan mereka di KLIA.
Advertisement
Bagaimanapun, polis bantuan yang berada di kawasan berdekatan pantas memberikan bantuan kepada wanita itu.
Sementara itu, Nadzmi yang berada di belakang dilihat meluru mendapatkan isterinya sambil mendukung anak.
Terdahulu, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.
Kesemua 23 sukarelawan selamat tiba di KLIA pada pukul 10.13 malam tadi.
Hari ini, seramai 23 delegasi Malaysia misi kemanusiaan GSF selamat tiba di tanah air dari Istanbul, Turki selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.
Kesemua 23 sukarelawan termasuk selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi merupakan sebahagian daripada lebih 500 sukarelawan dari beberapa buah negara yang turut berlayar sejak September lalu.
Kapal dinaiki mereka dipintas tentera Israel sebelum dilayan dengan kejam sepanjang menjadi tahanan.