Skip to main content

Hiburan

Munafik Melawan Iblis: Arya Saloka Akui Tak Mudah Bawa Watak Ustaz Adam, Sedia Jika Dibandingkan

Munafik Melawan Iblis: Arya Saloka Akui Tak Mudah Bawa Watak Ustaz Adam, Sedia Jika Dibandingkan

Sekilas

  • Arya Saloka akui berdepan tekanan membawakan watak Ustaz Adam dalam filem Munafik Melawan Iblis yang merupakan remake filem Munafik popular 11 tahun lalu.
  • Arya menerima sokongan pengarah, rakan pelakon dan produksi sepanjang penggambaran dan faham jika penonton membuat perbandingan dengan lakonan asal Syamsul Yusof.
  • Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 1 Oktober dan turut menampilkan pelakon seperti Acha Septriasa dan Dimas Aditya.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Arya Saloka mengakui berdepan tekanan ketika membawakan watak Ustaz Adam menerusi filem Munafik Melawan Iblis yang merupakan ‘remake’ bagi filem Munafik yang diarahkan Syamsul Yusof.

Menurut Arya, tekanan itu hadir memandangkan filem ini mempunyai peminat serta sambutan yang memberangsangkan sewaktu ditayangkan di Malaysia 11 tahun yang lalu.

Advertisement

“Pressure pasti ada, tapi saya selalu dapat support dari pengarah, rakan pelakon serta pihak produksi.

“Tetapi saya bersyukur dan gembira sepanjang penggambaran malah selepas menonton hasil filem ini di pawagam,” katanya kepada Gempak.

Arya berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Munafik: Melawan Iblis di TGV Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Advertisement

Dalam masa yang sama, pelakon Gadis Kretek ini memahami sekiranya penonton membandingkan lakonannya dengan Syamsul Yusof yang merupakan pelakon asal bagi karakter Ustaz Adam.

“Tidak jadi masalah (perbandingan) sebetulnya buat saya, kerana setiap filem khususnya remake ya, bahkan di Hollywood pun ketika kita mungkin melihat filem Batman, Joker selalu berganti watak, selalu berganti pelakon.

“Setiap pelakonnya pun pasti berbeza-beza, dari Heath Ledger sampai Joaquin Phoenix. Itu pun punya warna yang berbeza, punya karakter yang berbeza.

“Jadi ia sebenarnya berbalik kepada selera penonton, mereka lebih suka yang mana,” katanya.

Selain Arya, filem ini turut dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia.

Filem yang mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis ini akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement