Skip to main content

Hiburan

Munafik: Melawan Iblis Cetus Fenomena Di Indonesia, Arya Saloka Diserbu Peminat

Munafik: Melawan Iblis Cetus Fenomena Di Indonesia, Arya Saloka Diserbu Peminat

Sekilas

  • Filem Munafik: Melawan Iblis mendapat sambutan hangat di Indonesia dengan ribuan penonton hadir pada tayangan perdana bersama pelakon utama, Arya Saloka.
  • Filem ini adalah adaptasi versi Indonesia daripada filem popular Malaysia, Munafik, dan menampilkan pelakon baru menggantikan watak asal Malaysia.
  • Filem arahan Guntur Soeharjanto ini akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Oktober dengan Astro Shaw sebagai rakan pemasaran.
Advertisement

Filem Munafik: Melawan Iblis ternyata mendapat sambutan meriah ketika tayangan perdananya di Indonesia apabila tayangan perdana filem berkenaan dipenuhi ribuan penonton yang hadir memberi sokongan.

Menerusi perkongsian Astro Shaw di Instagram, dapat dilihat ribuan orang berkumpul bagi menyaksikan tayangan perdana filem berkenaan ditambah pula dengan kehadiran pelakon utama, Arya Saloka yang menggamatkan suasana.

Advertisement

Arya yang memegang watak Ustaz Adam dalam filem berkenaan turut menjadi tumpuan apabila dikerumuni peminat yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan dengan pelakon itu.

Kehadiran Arya pastinya menjadi antara tarikan utama memandangkan karakter Ustaz Adam yang dibawakannya merupakan watak penting dalam Munafik: Melawan Iblis.

Menariknya, filem arahan Guntur Soeharjanto itu merupakan adaptasi versi Indonesia daripada filem popular Malaysia, Munafik, arahan Syamsul Yusof.

Selain Arya, filem ini turut dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.

Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.

Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement