Sekilas
- Seorang individu berkongsi pengalaman menjadi babysitter kepada anak selebriti Sufi Rashid dan isterinya, Nurulain Md Yusof, dengan menjelaskan tugasnya hanya membantu bila diperlukan.
- Individu tersebut menafikan dakwaan dibayar untuk mempertahankan pasangan selebriti itu dan berharap perkongsiannya dapat mengurangkan fitnah yang tersebar.
- Perkongsian itu turut disertakan dengan foto dan perbualan mesej antara babysitter dan Nurulain sebagai bukti pengalaman sebenar.
Isu ‘babysitter’ melibatkan selebriti Sufi Rashid dan isterinya, Nurulain Md Yusof masih menjadi topik perbualan hangat di laman sosial.
Terbaharu, muncul sebuah akaun yang tampil berkongsi pengalaman dia menjadi ‘babysitter’ kepada anak pasangan tersebut.
Menerusi perkongsian itu, individu tersebut berkata dia hanya membantu Nurulain atau mesra disapa Ain dalam menguruskan anaknya.
“Saya bukan nak side sesiapa. Ini pengalaman saya saja. Cuma job scope saya Puan Nuraen dah beritahu awal-awal anak dia tak orang.
“Jadi saya hanya perlu bantu Puan Nuraen. Tolong dia bila perlu saja. Maksud saya bila dia perlukan saya tu, tolong dia pegangkan bag anak dia, ambilkan towel anak dia bila nak mandi.
“Kalau anak dia cranky, tolong dia redakan sama-sama. Jadi tolong dia bila perlu sahaja sebab anak dia tak nak orang sangat masa tu, dah kenal orang.
“Ada certain orang saja dia nak. Jadi apa-apa berkenaaan anak dia akan panggil saya bila perlu. Saya tinggal stanby sahaja,” kongsinya.

Bagaimanapun perkongsian itu mendapat kritikan netizen yang rata-ratanya individu tersebut dibayar untuk mempertahankan Sufi dan isterinya.
“Ada yang tuduh saya dibayar. Dengan nama Allah, sikit pun saya tak dapat apa. Cuma mungkin dengan pertolongan kecil saya ni Allah kira sebagai pertolongan untuk mengurangkan fitnah-fitnah yang semakin membesar.
“Akhir zaman ni kalau kita tak boleh ajak kebaikan lebih baik kita tidak mencampuri urusan yang bukan milik kita. Sebab tu Nabi suruh kita hati-hati dengan fitnah akhir zaman.
“Kita semua ada kekurangan, semoga ujian yg menimpa, Allah membersihkan segala dosa-dosa kita,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, individu tersebut turut memuat naik foto memperlihatkan Ain bersama anaknya dan perbualan mesej mereka.
Sumber - Threads