Skip to main content

Hiburan

“Mungkin Dalam 40-an Ni Lah…” – Zul Ariffin Jawab Soalan Bila Nak Kahwin

Astro Gempak 347

Sekilas

  • Pelakon Zul Ariffin mengakui soal jodoh masih belum menjadi keutamaan walaupun sudah berusia 40 tahun.
  • Dia berharap dapat berkahwin dalam lingkungan usia 40-an tetapi belum fokus untuk mencari pasangan kerana kekangan masa.
  • Zul juga menerima mesej peribadi daripada peminat, namun kebanyakannya hanya gurauan dan tidak serius.
Advertisement

Pelakon Zul Ariffin mengakui soal jodoh masih belum menjadi keutamaan buat dirinya meskipun kini sudah memasuki usia 40 tahun.

Menurut Zul, dia sendiri tidak mempunyai jawapan pasti namun berharap dapat mendirikan rumah tangga dalam lingkungan usia tersebut.

Advertisement

“Bila nak kahwin? Tak tahulah. Kita tak tahu pula.

“Mungkin dalam 40-an ni lah, tak adalah sampai 50-an,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya terlalu memilih dalam soal pasangan, Zul menjelaskan kekangan masa menjadi antara faktor utama.

Advertisement

“Nak memilih perlukan masa. Masalahnya saya tak ada masa nak memilih, saya buat bodoh saja.

“Saya buat tak tahu saja, jadi hari berlalu macam tu saja. Lepas itu kita kerja, kerja, kerja.

“Kalau kita nak buat sesuatu, kita kena letak fokus. Jadi saya tak fokus ke situ lagi,” ujarnya.

Dalam masa sama, Zul turut mengakui menerima mesej peribadi (DM) daripada peminat, namun menyifatkan kebanyakannya sekadar gurauan.

“Orang DM memanglah ada. Peminat tak apalah. DM jodoh? DM saja… yang gatal banyaklah, mengarut-ngarut saja.

“Tapi tak ada apa pun. Bila saya baru keluar drama hari itu, kecohlah sekejap, semua sekejap saja,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

GIGI HADID ACID WASH WIDE LEG JEANS 24-36

GIGI HADID ACID WASH WIDE LEG JEANS 24-36

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

ATIKOTA Women's Slippers Bow Tie

ATIKOTA Women's Slippers Bow Tie

Must Watch Video

Advertisement