Skip to main content

Hiburan

Mungkin Nanti Beri Tuah! Hamzah Juara ‘Vokalis Peterpan ERA’, Bakal Beraksi Di Idea Live Arena Bersama Peterpan

Astrogempak PETERPAN

Sekilas

  • Hamzah dinobatkan juara pertandingan Vokalis Peterpan ERA selepas persembahan lagu Mungkin Nanti yang memukau juri.
  • Kemenangan Hamzah memberinya peluang istimewa untuk membuat persembahan bersama kumpulan legenda Peterpan di Idea Live Arena.
  • Konsert The Journey Continues - Peterpan, Semua Tentang Kita akan berlangsung pada 11 Julai dengan kehadiran anggota asal Peterpan dan artis jemputan terkenal dari Indonesia serta Hael Husaini.

Peserta Vokalis Peterpan ERA, Hamzah, berjaya muncul juara selepas menewaskan empat peserta lain menerusi pertandingan yang berlangsung sempena promosi Konsert The Journey Continues - Peterpan, Semua Tentang Kita.

Hamzah memukau barisan juri menerusi persembahan lagu ikonik Peterpan, Mungkin Nanti, sekali gus melayakkan dirinya membawa pulang peluang istimewa untuk membuat persembahan bersama kumpulan legenda Indonesia itu di pentas Idea Live Arena.

Hasil kemenangan tersebut memberikan dia peluang untuk membuat persembahan bersama kumpulan Peterpan di Idea Live Arena. 

Dalam pada itu, Hamzah mengakui masih terkejut dan sukar menggambarkan perasaannya selepas muncul juara ‘Vokalis Peterpan ERA’.

“Alhamdulillah, semestinya saya gembira. Saya tak boleh bercakap sekarang,” katanya ringkas. 

Kelima-lima peserta diadili oleh Pengurus Jenama ERA dan THR Gegar, Azah Sahrin,Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Seri Rosmariza dan ahli kumpulan Peterpan sendiri iaitu, Loekman Hakim. 

Lima finalis yang berjaya ke pentas akhir ‘Vokalis Peterpan ERA’ adalah Faritzth, Hafiq, Azirul, Hamzah dan Putera. 

Sekadar info, Konsert The Journey Continues - Peterpan, Semua Tentang Kita dijadual berlangsung pada 11 Julai depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya.


Persembahan tersebut bakal menampilkan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra.

Turut memeriahkan konsert berkenaan ialah barisan artis jemputan terkenal Indonesia seperti Marcello Tahitoe, Tantri Syalindri, Rony Parulian, Arda Hatna dan Charly Van Houten.

Penyanyi popular tanah air, Hael Husaini turut diumumkan sebagai antara artis jemputan yang bakal membuat penampilan istimewa pada malam tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement