Skip to main content

Hiburan

Murid Tahun Dua Maut Digilis Depan Sekolah, Pemandu Van Ditahan Reman Bagi Bantu Siasatan

Maut Digilis

Sekilas

  • Pemandu van yang melanggar murid perempuan SK Seri Maimon, Batu Pahat, direman tiga hari untuk siasatan lanjut.
  • Murid Tahun Dua, Nur Aini Humairah, 8 tahun, maut selepas digilis van di hadapan pintu pagar sekolah pada tengah hari Selasa.
  • Jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustafa malam Selasa.
Advertisement

Pemandu van yang melanggar murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat tengah hari Selasa, direman tiga hari.

Keputusan itu dibuat selepas Majistret Nurasidah A Rahman membenarkan permohonan polis untuk menahan suspek bermula hari ini hingga Jumaat.

Advertisement

Permohonan reman terbabit bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, seorang murid Tahun Dua iaitu Nur Aini Humairah, 8, maut selepas dilanggar dan digilis va yang dipandu suspek di hadapan pintu pagar utama sekolah mangsa kira-kira jam 12.30 tengahari Selasa.

Mangsa dilaporkan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira beberapa minit sebelum ketibaan ibunya, Asmilah Tukiran, untuk menjemputnya pulang selepas tamat sesi persekolahan.

Jenazah Nur Aini Humairah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong, dekat sini, 8.35 malam Selasa.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement