Ringkasan Minggu 2
Pelakon dan pelawak, Ieda Moin menyorot perhatian selepas mengumumkan dirinya terpaksa menarik diri daripada pertandingan Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5).
Menerusi satu tayangan video, Ieda menjelaskan dia terpaksa mengundurkan diri selepas menerima nasihat doktor untuk menjalani satu rawatan dan mendapat rehat yang secukupnya.
“Kepada semua rakan-rakan seperjuangan saya di dalam Muzikal Lawak Superstar saya mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan perjuangan saya bersama kalian semua.
“Di atas nasihat doktor, saya dikehendaki untuk menjalani rawatan secepat mungkin dan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk saya kembali bekerja seperti biasa,” katanya.
Bagaimanapun, Ieda tidak menyatakan rawatan apa yang perlu dijalankannya.
Dalam pada itu, Ieda turut mendoakan agar rakan sepasukannya, Puteh yang dianggotai oleh Ali dan Mamak agar berjaya meneruskan perjuangan dalam program berkenaan dan Aretoy pula akan menggantikan ketiadaan Ieda dalam program tersebut.
Sementara itu, kesemua peserta masih lagi boleh menarik nafas lega apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu tersebut.
Namun berada dikedudukan tiga terbawah adalah Jozon, Puteh dan Kimbab.
Roda pula terus cemerlang dan mendominasi minggu kedua dengan markah keseluruhan sebanyak 82.27 peratus.
MLS5 dihoskan oleh pengacara versatil, Datuk AC Mizal manakala Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
Nota: Tiada penyingkiran minggu kedua — semua kumpulan terus mara ke minggu ketiga.
Ringkasan Minggu 1
Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) membuka tirai dengan persembahan penuh warna-warni apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu pertama. Semua 10 kumpulan diberi peluang untuk menyesuaikan diri di pentas dan menonjolkan kreativiti masing-masing sebelum saingan sebenar bermula minggu hadapan.
Roda muncul sebagai kumpulan paling menyerlah dengan markah tertinggi sebanyak 81.86%, diikuti oleh Nanas dan Bahyim di tempat kedua dan ketiga. Minggu pertama ini juga menyaksikan pelbagai konsep persembahan menarik yang memikat hati juri serta penonton di studio.
Markah Penuh — Minggu 1
| Ranking | Kumpulan | Markah (%) |
|---|---|---|
| 1 | Roda | 81.86 |
| 2 | Nanas | 77.19 |
| 3 | Bahyim | 71.95 |
| 4 | Puteh | 69.80 |
| 5 | Genzi | 69.26 |
| 6 | Kimbab | 67.45 |
| 7 | Fiona | 66.41 |
| 8 | Saiko | 65.79 |
| 9 | Jozon | 63.68 |
| 10 | Lompat | 44.28 |
Nota: Tiada penyingkiran minggu pertama — semua kumpulan terus mara ke minggu kedua.
10 Kumpulan Muzikal Lawak Superstar 5

Saiko

Nanas

Fiona

Roda

Jozon

Genzi

Kimbab

Puteh

Bahyim

Lompat
Program ini dihoskan oleh Datuk AC Mizal dengan barisan juri tetap Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah. Saksikan setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (Saluran 105) dan juga strim di Astro GO.
Langgan Pek Astro One hanya RM49.99 sebulan atau Astro Fibre 500Mbps + Pek Hiburan pada RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03-9543 3838 untuk maklumat lanjut.