Skip to main content

Selebriti

Muzzamer Rahman Dikacau Akaun Palsu, Tegaskan Bukan Gimik Pemasaran Filem Kacau - “Perkara Seperti Ini Tidak Beretika”

Muzzamer Rahman Dikacau Akaun Palsu, Tegaskan Bukan Gimik Pemasaran Filem Kacau - “Perkara Seperti Ini Tidak Beretika”

Sekilas

  • Muzzamer Rahman menafikan isu akaun media sosial yang didakwa cuba menjatuhkan reputasinya dan filem Kacau adalah gimik pemasaran.
  • Isu dipercayai bermula selepas Muzzamer menyokong filem The Fox King, dan akaun terbabit didapati berkaitan dengan akaun palsu yang pernah terlibat dalam promosi filem lain.

     

Advertisement

Pengarah dan penerbit, Muzzamer Rahman menegaskan isu membabitkan sebuah akaun media sosial yang didakwa cuba menjatuhkan reputasinya serta filem Kacau bukanlah sebahagian daripada gimik pemasaran filem berkenaan.

Menurut Muzzamer, dia tampil membuat penjelasan selepas ada pihak yang menganggap kontroversi tersebut sengaja diwujudkan sebagai strategi promosi Kacau.

Advertisement

“Ini bukan gimik. Sejak hari pertama, ramai yang menganggap perkara ini sebagai gimik, jadi saya tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Bagi saya, gimik sebegini adalah sesuatu yang tidak beretika dan saya tidak mahu ada kaitan dengan perkara seperti itu.

“Saya buat filem bukan setahun dua dan filem-filem yang saya hasilkan juga boleh saya anggap sebagai filem yang bermutu, antaranya Prebet Sapu.

Advertisement

“Jadi, saya tidak mahu dikaitkan dengan pihak yang saya anggap tidak berkualiti. Sebab itu saya perlu tampil memberikan kenyataan ini,” tegasnya ketika dihubungi Gempak.

 

Mengulas mengenai perkara itu, Muzzamer berkata, isu tersebut dipercayai bermula selepas dia memberikan sokongan kepada filem The Fox King yang pengedarnya merupakan Kuman Pictures.

“Saya boleh katakan perkara ini bermula selepas saya menyokong filem The Fox King dan pengedarnya, Kuman Pictures. Nampaknya, akaun tersebut tidak berpuas hati dengan filem berkenaan.

“Dia membuat laporan kepada FINAS dan pihak FINAS kemudian memanggil saya untuk memberikan keterangan. Kita sudah beri kerjasama sepenuhnya dan menurut pihak FINAS, pengadu tersebut tidak hadir,” katanya

Tambah Muzzamer, pihaknya juga turut membuat semakan terhadap nama yang digunakan oleh akaun terbabit dan mendakwa ia mempunyai kaitan dengan akaun palsu yang pernah terlibat dalam mempromosikan sebuah filem pada tahun lalu.

“Kita semak nama tersebut dan mendapati ia seperti akaun palsu yang pernah terlibat dalam mempromosikan sebuah filem pada tahun lalu,” ulasnya.

Dalam pada itu, Muzzamer turut menafikan dakwaan berkaitan dana yang diterima daripada FINAS dan menjelaskan proses pembiayaan dilakukan mengikut peringkat atau milestone yang ditetapkan.

“Itu semua adalah dakwaan. Memang kita menerima dana, tetapi FINAS tidak memberikannya secara sekaligus. Dana tersebut disalurkan mengikut milestone dan saya sudah mengikuti segala prosedur yang ditetapkan.

“Sekiranya filem ini melanggar mana-mana syarat, sudah tentu ia tidak akan mendapat kelulusan untuk tayangan wajib pada 12 November ini,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Threads, Muzzamer turut menjelaskan bahawa akaun terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya mahupun projek Kacau.

Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik akaun tersebut, Muzzamer berkata nama Safiya Nelissa dapat dikenal pasti, namun hasil semakan mendapati dia tidak pernah terlibat dengan nama berkenaan atau mana-mana projek filem yang menggunakan nama atau akaun tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Must Watch Video

Advertisement