Skip to main content

Hiburan

Nabila Razali Kurang Gemar ‘Haters’ Komen Sentuh Keluarga, Akan Balas Kalau Perlu - “Saya Jarang Melenting Tapi…”

Nabila Razali Kurang Gemar ‘Haters’ Komen Sentuh Keluarga, Akan Balas Kalau Perlu - “Saya Jarang Melenting Tapi…”

Sekilas

  • Nabila Razali sudah lali dengan komen negatif, tapi tetap terasa hati jika komen itu melibatkan keluarga dan maruah mereka.
  • Dia hanya akan membalas komen netizen yang menyentuh hal peribadi atau keluarga, manakala komen biasa dia anggap sebagai teguran dan tidak ambil hati.
  • Nabila kini melancarkan single terbaru "Cukup Sampai Sini" yang membawa mesej tentang nilai diri dan keberanian, serta terlibat dalam penciptaan lagu dan liriknya sendiri.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui sudah lali berdepan komen negatif, namun ada batas tertentu yang boleh membuatkannya terguris terutama apabila melibatkan keluarga.

Menurut Nabila atau mesra disapa Bella, dia tidak lagi terlalu mengambil hati kecaman berkaitan kerjaya kerana menganggap sebahagian daripadanya sebagai teguran yang masih boleh diperbaiki.

Advertisement

“Kalau dulu terasalah. Ada sesetengah komen yang boleh buat saya terasa hati.

“Kalau dia orang kata, ‘Dia ni tak pergi kelas vokal ke?’ macam itu kita boleh ubah,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun Pematah Hati itu kurang senang apabila komen yang dilemparkan mula menyentuh ibu bapa atau suaminya.

“Yang melekat betul kalau dia kata, ‘Mak bapa dia ni tak malu ke ada anak macam ni?’ Lepas itu ada juga yang cakap, ‘Laki dia mesti kena tahan telinga.’

“Benda-benda macam itu tak ada kaitan. Kalau benda yang boleh menjatuhkan maruah keluarga Bella, Bella tak berapa gemarlah,” ujarnya.

Disebabkan itu, Nabila mengakui hanya pada situasi tertentu dia akan tampil membalas komen netizen.

“Selalunya kalau benda-benda macam itu baru Bella akan balas balik. Kalau setakat komen-komen biasa, Bella okey saja. Bila baca pun Bella gelak-gelak saja.

“Bella jarang melenting tapi kalau ada, mesti sebab dia sebut benda-benda yang Bella tak gemar,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nabila tidak menolak kemungkinan ada individu yang mengkritiknya dalam media sosial sebenarnya tetap menikmati karya-karyanya.

“Entah-entah dia orang yang sama yang tulis dengan yang minat, kita tak tahu. Bella tak beranilah nak cakap, nanti fitnah pula.

“Tapi Bella selalu pegang, kalau penyanyi nombor satu negara pun ada ‘haters’, apatah lagi Nabila Razali,” katanya.

Tambahnya, soal muzik dan minat bersifat subjektif selain menerima hakikat bahawa tidak semua orang akan menyukai dirinya.

“Dalam pada kita membenci seseorang itu mesti ada satu benda yang kita suka. Mungkin salah satu benda dia suka lagu-lagu Bella.

“Kalau suka alhamdulillah, kalau tak suka tak apa. Ada banyak lagi ikan di laut,” katanya berseloroh.

Menerusi perkembangan lain, Nabila kini tampil dengan single terbaharu berjudul Cukup Sampai Sini yang mengangkat mesej mengenai mengenali nilai diri, menetapkan batas dan keberanian memilih diri sendiri.

Lebih istimewa, lagu tersebut turut menyaksikan Nabila melangkah setapak ke hadapan dalam perjalanan kreatif apabila terbabit sebagai pencipta lagu bersama Justin Seow Seng Tack selain menulis sendiri keseluruhan lirik karya berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement