Skip to main content

Hiburan

Nabila Razali Tampil Perjelas Salah Faham Isu Harga ‘Carwash’ - “Sudah Tentu Saya Terkejut Sebab Bila…”

Nabila Razali
Advertisement

Pertanyaan penyanyi Nabila Razali mengenai kadar harga untuk cuci kereta disebabkan muntah di Singapura baru-baru ini disalah erti segelintir netizen. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Nabila memberitahu pemandu e-hailing mengenakan caj bayaran $120 bersamaan hampir RM380 untuk mencuci kereta yang terkena muntah anaknya.

 

“Nak tanya saja. Berapa harga untuk carwash eh? Tadi Muhammad muntah dalam kereta. Orang grab tu caj kami $150. Mahal juga rate cuci kat sini eh,” tanyanya. 

 

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang salah anggap dengan pertanyaan tersebut dan menganggap penyanyi lagu Peluang Kedua itu mempertikaikan kadar harga yang dikenakan. 

Advertisement

 

Nabila menerusi perkongsian lain di Threads menjelaskan dia hanya bertanya mengenai perkara itu memandangkan kadar harga di carian Google tidak mencecah sehingga $150. 

 

“Terima kasih kepada mereka yang prihatin tentang kesejahteraan anak saya, dan kepada mereka yang menjelaskan cajnya dengan baik. 

 

“Tetapi kepada mereka yang cakap, saya pertikaikan cajnya… hm. Saya cuma bertanya, kawan-kawan. Tenang. Sudah tentu saya terkejut sebab bila saya Google harga cuci kereta, memang tak sampai $150. 

 

“Jadi sudah tentu saya ingin tahu. Tetapi sekarang saya faham bahawa caj tersebut termasuk kehilangan pendapatan juga, bukan hanya cuci kereta itu sendiri,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pematah Hati ini berkata tiada pertengkaran berlaku antaran dia dan pemandu tersebut. 

 

“Untuk makluman, kami tidak bertengkar pun. Kami yang bayar. Saya cuma ingin tahu dan ingin faham. Itu sahaja,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement