Skip to main content

Hiburan

Nadhif Basalamah Terharu Sokongan Rakyat Malaysia, ‘Penjaga Hati’ Jadi Fenomena

Nadhif Basalamah

Penyanyi Indonesia, Nadhif Basalamah berbesar hati apabila lagu ciptaannya iaitu Penjaga Hati mendapat sambutan dalam kalangan pendengar di Malaysia. 

Menurut Nadhif, Penjaga Hati banyak menaikkan namanya sejak bergelar penyanyi pada tahun 2018. 

“Lagu Penjaga Hati buat saya bertemu dengan ramai orang, termasuk dari luar Jakarta. Ramai yang kenal saya daripada lagu itu,” katanya. 

Nadhif berkata demikian sewaktu Konsert Nadhif Basalamah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur di The Exchange Hall, baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Nadhif juga akui terharu dengan sikap keprihatian rakyat Malaysia yang membantu warga Indonesia sewaktu menghadapi situasi sukar. 

“Saya terharu dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersolidariti untuk Indonesia dengan membeli makanan daripada penghantar makanan di negara saya.

“Saya dan seluruh Indonesia sangat menghargainya. Usaha itu ibarat doa daripada kalian untuk kami,” Ujarnya. 

Berlangsung selama dua jam, Nadhif menghiburkan peminat dengan menyanyikan 19 buah termasuklah lagu hit seperti Bergema Untuk Selamanya, Jatuh Cinta Lagi, Tiba-tiba Jumaat Lagi dan Penjaga Hati. 

Konsert itu turut dimeriahkan dengan kemunculan Aziz Harun dan Aisha Retno menyanyikan single terbaharu mereka, Kota Ini Tak Sama Tanpamu yang telah memperoleh satu juta penstriman. 

Sebelum mengakhiri persembahan, Nadhif berharap dalam kembali ke Malaysia dan menghiburkan peminat dengan muzik yang menyentuh hati rakyat serantau. 

Selain Kuala Lumpur, Nadhif turut dijadualkan menghiburkan peminat di Singapura sebagai salah satu destinasi untuk konsert jelajah Asia Tenggara. 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement