Skip to main content

Hiburan

Nadhir Nasar Takkan Tinggalkan Dunia Drama - “Seronok Bila Melihat Ibu Tengok Saya Di Kaca TV…”

Nadhir Nasar

Sekilas

  • Nadhir Nasar tetap setia dengan dunia drama kerana ia platform penting untuk asah bakat lakonan sebelum beralih ke filem.
  • Pelakon berusia 29 tahun ini menerima tawaran drama, filem, atau OTT asalkan naskhah sesuai dengan dirinya dan karakter yang dilakonkan.
  • Filem aksi CHELOT yang menampilkan Nadhir dan barisan pelakon hebat akan ditayangkan di pawagam mulai 27 Ogos ini.
Advertisement

Bakal muncul dalam filem aksi, CHELOT, pelakon Nadhir Nasar memberitahu dia tidak akan pernah meninggalkan dunia drama yang dianggap sebagai platform penting untuk mengasahkan bakat lakonan. 

 

Advertisement

Masih seronok membintangi drama, Nadhir turut mengakui dia berasa puas apabila melihat ibunya menonton lakonannya di kaca televisyen.

 

“Saya tidak akan tinggal drama. Saya suka main drama. Bagi saya, drama ini adalah salah satu tempat untuk anda mengasahkan lagi bakat lakonan untuk dibawa ke filem, skrin yang besar.

 

“Saya seronok buat drama dan saya juga seronok melihat ibu saya tengok saya di kaca TV. Malah ada ramai peminat saya juga yang tengok drama. 

 

“Bagi saya, drama sangat penting. Sebab ada makcik-makcik yang masih tengok drama saya,” kata Nadhir kepada Gempak.

 

Nadhir berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam gala filem CHELOT, yang diadakan di GSC Cinema IOI City Mall, Putrajaya pada Selasa. 

 

Diminta mengulas mengenai pelakon baharu hanya memilih untut berlakon filem dan platform over-the-top (OTT), Nadhir berkata ia bergantung kepada pemilihan dan rezeki masing-masing. 

 

Namun bagi pelakon berusia 29 tahun ini, dia menerima apa sahaja tawaran tidak kira drama, filem atau OTT berdasarkan naskhah bersesuaian dengan karakter serta dirinya.

 

“Bagi saya, pilihan masing-masing dan terpulang pada rezeki. Untuk saya, pilihan saya masih lagi di mana saja… saya akan buat drama, filem, OTT kalau naskhah itu bagus dan kena dengan diri saya. 

 

“Kalau kita sekadar nak buat filem tetapi tak kena dengan karakter kita, untuk apa kan? Sebab ada ramai pelakon kat luar sana yang boleh main karakter itu lebih baik.

 

“Jadi saya rasa, anda ada pilihan dan juga rezeki masing-masing untuk memilih di mana anda berada,” ujarnya. 

 

Selain Nadhir, CHELOT arahan Adrian Teh turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Shukri Yahaya, Alicia Amin dan Azhan Rani. 

 

Bakal menyajikan aksi mendebarkan menerusi kisah berkaitan kepolisan, kod rahsia serta sindiket penyeludupan senjata, CHELOT akan menemui penonton di pawagam pada 27 Ogos ini. 

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement