Skip to main content

Selebriti

Nadia Annuar Bidas Tuduhan Wanita Terhegeh Nak Cantik Lepas Cerai - “Laki Kalau Suka Curang, Narsistik, Kaki Pukul…”

Nadia Annuar

Sekilas

  • Nadia Annuar menjelaskan bahawa kecantikan fizikal bukan penentu kebahagiaan dalam perkahwinan dan sikap pasangan lebih penting.
  • Nadia menegaskan lelaki yang bersikap buruk seperti curang atau kasar tetap begitu walaupun berkahwin dengan wanita cantik.
  • Nadia berkongsi pengalaman peribadi mengenai dua perkahwinannya yang berakhir dan menekankan setiap individu ada perjalanan hidup masing-masing.
Advertisement

Pengacara dan personaliti TV, Nadia Annuar tampil memberikan respons terhadap kenyataan seorang individu yang mempersoalkan mengapa segelintir wanita dilihat lebih menjaga penampilan dan kelihatan lebih berseri selepas bercerai.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nadia berkata kecantikan dan penampilan fizikal seseorang bukanlah jaminan untuk memperoleh kebahagiaan dalam rumah tangga.

Advertisement

“Saja nak jawab jugak mewakili J semua. Siapa cakap masa ada laki tak glow, tak kurus, tak cantik?

“Kecantikan bukan menjamin bahagia dik. Laki kalau dia suka curang, narcissistic, kaki pukul, kedekut taik idung masin.

“Dia akan tetap jugak begitu walaupun kawin dengan Miss Universe,” tegasnya.


 

Malah Nadia juga menegaskan bahawa setiap individu mempunyai perjalanan hidup masing-masing dan kebahagiaan dalam perkahwinan tidak seharusnya diukur berdasarkan rupa paras sebaliknya sikap pasangan itu sendiri.

“Vise versa, laki kalau perut boroi macam mana pun kalau dia sayang bini, suami green flag, sampai cacat pun kami sanggup jaga ke hujung nyawa,” coretnya.

Untuk rekod, Nadia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan  usahawan, Hafiz Salleh dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa, 7 tahun.

Walau bagaimanapun, selepas hampir sedekad bersama, perkahwinan mereka berakhir dua tahun lalu.

Sebelum itu, Nadia juga pernah berkahwin dengan Datuk Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas sebelum bercerai pada Oktober 2010. Mereka juga dikurniakan seorang anak, Mohamed Aaron Erwin, 16.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement