Pengacara dan personaliti TV, Nadia Annuar, menarik perhatian netizen apabila tampil menegur isu tular mengenai seorang lelaki yang mendakwa wanita zaman kini gemar bergantung pada penggunaan ‘filter’ sehingga wajah sebenar dikatakan jauh berbeza daripada gambar.
Menerusi video pendek di akaun Instagram miliknya, Nadia menyuarakan rasa kurang senang terhadap pandangan yang dianggap tidak wajar dan merendahkan wanita.
“Saya nak cerita sikit pasal satu isu, yang baru baru ini lelaki cakap perempuan zaman sekarang suka pakai filter, letak dekat profile picture, akhirnya bila jumpa muka macam karipap.
“Ini yang buat akak marah ni, dik kalau muka kau pun macam karipap, layak lah kau pun dapat perempuan macam karipap.
“Kalau dia muka macam pizza, tak akan lah dia nak karipap macam kau, mestilah dia cari pasta. Betul tak? Tapi tolak gurauan itu ke tepi,” tegurnya.
Nadia juga menegaskan bahawa keutamaan pemilihan pasangan tidak seharusnya terletak para rupa paras yang menarik sebaliknya sikap dan personaliti adalah lebih penting.
“Pasal karipap ke, pasta ke, pizza ke, kalau cari jodoh janganlah hanya bersandarkan rupa, tengoklah personaliti.
“Kalau ngam, kalau okay, kalau dapat yang cantik, yang kacak alhamdulillah, itu kira bonus. Ha tak kan tak suka bonus?
“Sebagai contoh, kita suka bila dapat bonus, tapi adakah bermaksud kita tak dapat bonus kita tak nak kerja. Kita kena kerja juga kan kalau tak nak makan apa. Jadi jangan bersandarkan pada rupa okay,” ujarnya.