Sekilas
- Pengacara Nadia Annuar menegur individu yang mempersoalkan peserta Hyrox mempamerkan patch sebagai simbol pencapaian seperti medal dalam acara sukan lain.
- Nadia menjelaskan kenyataannya bertujuan memberi ruang kepada lebih ramai rakyat Malaysia mencuba sukan Hyrox dan bukan untuk berlagak atau mendakwa lebih hebat.
- Nadia juga meminta agar tidak membangkitkan perkara negatif yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peserta Hyrox.
Pengacara, Nadia Annuar tampil memberi teguran kepada individu yang mempersoalkan tindakan peserta Hyrox mempamerkan patch yang diperoleh selepas menyertai pertandingan tersebut.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Nadia berkata, patch berkenaan tidak ubah seperti medal yang lazimnya menjadi simbol pencapaian seseorang selepas menyertai acara larian atau pertandingan sukan.
“Yang komen bitter cakap akak-akak, abang-abang senior Hyrox berkepak masing-masing tunjuk patch, lah terpaling Hyrox lah.
“Apa masalah kau eh? Tunjuk patch itu sama macam kau tunjuk medal kau lari HM. Cuma patch itu boleh letak dekat beg dan beg itu boleh bawa ke mana-mana.
“Kalau medal kau itu boleh gantung dekat leher kau 24 jam pun aku rasa kau nak gantung juga,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Nadia turut menjelaskan kenyataannya sebelum ini adalah mengenai usaha memberi ruang kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk mencuba sukan Hyrox.
Tegas Nadia, kenyataan tersebut tidak bertujuan untuk berlagak atau mendakwa dirinya lebih hebat berbanding peserta lain.
“Kedua, bila saya cakap bagi laluan Hyrox Malaysia, bagi orang yang teringin nak cuba pun dia kata tak humble, mentang-mentang dah travel serata dunia. Kang balun semua kategori pun kena juga.
“Saya tak cakap sepatah pun saya hebat. Baru mula race April tahun ini. Total pun baru tiga venue.
“Berbanding orang yang dah buat dari tahun lepas-lepas. Saya pun newbie lagi. Tapi yelah, orang yang busuk hati ini apa kita tulis pun dia tetap cari benda negatif saja,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Nadia juga meminta individu berkenaan supaya tidak terus membangkitkan perkara yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peserta Hyrox.
“You don’t make my blood go upstairs, okay. Kakak tarik rambut nanti, kang baru tahu,” tulisnya.