Skip to main content

Hiburan

Nadia Brian Tak Anggap Soalan ‘Bila Nak Kahwin’ Sensitif – “Mungkin Mereka Ambil Berat”

ASTROGEMPAK Nadia Brian

Sekilas

  • Pelakon Nadia Brian menganggap soalan tentang jodoh dan perkahwinan sebagai perkara biasa yang sering ditanya kepada wanita bujang atau yang pernah berkahwin tapi bercerai.
  • Dia tidak melihat soalan itu sebagai sensitif, sebaliknya percaya ia datang dari rasa ingin tahu dan keprihatinan orang sekeliling.
  • Nadia hanya memohon doa yang baik daripada orang ramai dan yakin bahawa jodohnya akan datang pada waktu yang tepat.

Pelakon Nadia Brian menganggap soalan berkaitan jodoh atau bila mahu berkahwin sudah menjadi pertanyaan lazim yang sering diajukan kepada wanita bujang atau yang pernah berkahwin namun bercerai.

 

Menurut Nadia, dia tidak menganggap soalan tersebut sebagai sesuatu yang sensitif, sebaliknya berasakan ia ditanya kerana rasa ingin tahu dan keprihatinan orang sekeliling.

 

“Sebenarnya soalan bila nak kahwin itu memang tiap-tiap tahun akan ditanya. Ia memang soalan ‘famous’ untuk wanita yang belum berkahwin atau yang mungkin berkahwin lagi.

 

“Tapi bagi saya, bila orang tanya mungkin mereka ambil berat dan ingin tahu. Kita sebagai perempuan pula tak adalah nak bercakap lebih-lebih,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, pelakon drama Hening Cinta tersebut hanya memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai berkaitan soal jodohnya.

 

“Bagi saya, mungkin orang bertanya sebab mereka ingin tahu. Saya pun tak ada nak cakap lebih-lebih, cuma mohon doa yang baik-baik.

 

“Ada jodoh, ada lah… Insya-Allah mana yang terbaik untuk saya. Saya ada ibu, adik-beradik, kawan-kawan dan peminat yang sentiasa doakan yang baik-baik,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement