Skip to main content

Selebriti

Nadzmi Adhwa Berang, Dapat Tahu Ardell Ditumbuk Dalam Tahanan Zionis - “Ada Lagi Kecederaan, Bahu Dia Koyak, Allahuakhbar!"

Nadzmi Adhwa Berang, Dapat Tahu Ardell Ditumbuk Dalam Tahanan Zionis

Pelakon, Nadzmi Adhwa berang sebaik sahaja  mendapat tahu isterinya, Ardell Aryana didakwa ditumbuk oleh tentera Israel sewaktu berada dalam tahanan Zionis.

Selain ditumbuk, Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, memaklumkan Ardell juga mengalami kecederaan lain di bahagian bahunya.

Advertisement

“Ada lagi kecederaan juga dekat bahu Ardell! Bahu dia Koyak! Allahuakbar! Apa ni.

“Rasa nak marah ni! Macam mana eh? Nak mencarut banyak ni tapi dosa. Habis hilang semua pahala. Ardell pun tak suka. Arghhh! nak tumbuk muka Issewel sekarang! Arghhh nak buat apa ni!,” luahnya menerusi beberapa siri hantaran di platform Threads.

Dalam pada itu, Nadzmi memaklumkan isterinya kini sedang menerima rawatan di hospital di Istanbul untuk menerima rawatan lanjut. 

Kata Nadzmi, Ardell mengalami tekanan rendah dan meminta isterinya untuk berehat.

“Rupanya dekat hospital! Patutlah tak ada jawapan lagi. Haikal tu pun dah macam adik aku! Ya Allah sembuhkan mereka Ya Allah supaya mereka boleh bercerita pada dunia tentang kejahatan Issial ni,” tulisnya.

Selain itu, Nadzmi turut memberi amaran kepada pihak yang cuba menyebarkan spekulasi atau dakwaan tidak benar berhubung keadaan yang menimpa isterinya ketika ini.

“Semoga yang memperlakukan isteri aku itu dia mati dalam keadaan paling teruk sekali! Amin!

“Ardell antara yang mencuri tumpuan pada misi kali ini sebab itu dia kena! Sebab views dia paling tinggi? F U Israel! Siapa cakap bukan bukan pasal bini aku siap! Dunia sedang memerhati!”, tegasnya.

Sebelum ini, media melaporkan Ardell dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan susulan mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan sewaktu dalam tahanan tentera Israel.

Difahamkan pelakon itu menerima layanan kejam termasuk ditarik rambut dengan kasar, selain ditumbuk di bahagian muka oleh rejim zionis sehingga mengalami kecederaan ketika tentera Israel memintas kapal dinaiki sukarelawan berkenaan.

Khamis lalu, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan oleh tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa Gaza.

Must-Watch Video

Advertisement