Skip to main content

Hiburan

Naik Bintik Merah Satu Badan, Aliff Syukri Tak Tolak Kemungkinan Isteri Disihir - “Setiap Kali Nak Buat Jualan Mega, Macam Ada Yang Dengki”

Naik Bintik Merah Satu Badan, Aliff Syukri Tak Tolak Kemungkinan Isteri Disihir - “Setiap Kali Nak Buat Jualan Mega, Macam Ada Yang Dengki”

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida, sering mengalami kejadian aneh terutama ketika kempen jualan mega, termasuk Shahida yang mengalami alahan teruk dengan bintik merah pada badan.
  • Aliff mendakwa kejadian tersebut mungkin disebabkan sihir oleh pihak yang dengki terhadap perniagaan mereka, dan pernah mengalami situasi pelik lain seperti sakit mata yang menyerang keluarga mereka.
  • D’Herbs akan mengadakan Jualan Gudang Mega Hujung Tahun 2026 selama tujuh hari bermula 25 hingga 31 Disember dengan tawaran harga promosi serendah RM0.80 dan diskaun sehingga 80% di dua lokasi utama.
Advertisement

Selebriti media sosial dan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa dirinya dan isteri, Datin Seri Shahida kerap berdepan kejadian aneh setiap kali mahu mengadakan kempen jualan mega bagi produk perusahaan syarikat mereka.

Terbaharu, Aliff mendakwa satu kejadian aneh menimpa Shahida apabila isterinya itu mengalami alahan teruk sehingga dipenuhi bintik merah pada seluruh badan ketika waktu Maghrib pada malam Jumaat lalu.

Advertisement

Tertanya-tanya dengan kejadian itu, bapa kepada enam orang cahaya mata ini tidak menolak kejadian tersebut berpunca daripada perbuatan sihir daripada pihak tertentu yang mungkin menyimpan hasad dengki terhadap perniagaan mereka.

"Bila buat kempen jualan besar-besaran ini, macam ada orang yang dengki. Isteri saya tiba-tiba mengalami seperti alahan satu badan. Keluar bintik merah habis satu muka.

"Tak mustahil ini adalah sihir sebab orang tak suka. Ini bukan gimik tau. Situasi ini berlaku pada waktu Maghrib. Kaki, tangan semua keluar bintik merah.

Advertisement

"Dalam hati saya tertanya kenapa ni, oh bila kita buat kempen jualan besar-besaran orang tak senang. Saya tak mahulah cakap lebih-lebih tetapi dalam perniagaan benda-benda (sihir) ini memang normal," katanya kepada Gempak.

Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran YES (Year End Sale Promotions) D’Herbsdi Wisma Dherbs, Kota Damansara pada Sabtu.

Tambah Aliff, keadaan Shahida pada ketika sangat merisaukan sehingga menyebabkan mereka sekeluarga menjadi panik sebelum mengambil keputusan untuk membawa isterinya ke hospital.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Bobo Di Mana ini ternyata terkejut selepas keadaan Shahida beransur pulih sejurus mereka tiba di hospital.

"Anak saya pula baru masuk hospital, saya ingat isteri kena denggi. Sampai saja di hospital terus elok.

"Kami dah menggelupur panik sampai beritahu pengurus untuk batalkan acara hari ini (Ahad) sebab lihat keadaan isteri dah memang teruk.

"Tapi bila jumpa doktor bintik-bintik tu terus hilang, hanya tinggal kesan tak teruk macam waktu di rumah. Kami suami isteri niat saja nak buat benda baik (berniaga), semuanya serah kepada Allah," tambahnya.

Ditanya sekiranya pernah berdepan dengan situasi seperti ini, Aliff mendakwa keluarganya pernah mengalami kejadian hampir sama menjelang kempen jualan mega yang pernah mereka lakikan sebelum ini.

Bercerita mengenai situasi itu, Aliff memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika dia dan Shahida berada di luar negara, manakala anak-anak mereka di rumah turut mengalami masalah mata bengkak dan sakit mata.

"Dulu sama juga kami sekeluarga pernah mengalami situasi pelik di mana mata kami jadi bengkak. Satu keluarga sakit mata.

"Di rumah kan ada ramai pembantu dan pekerja tapi yang kena hanya kami anak beranak. Bukan sehari ya, nak dekat sebulan juga alami penyakit mata itu.

"Tangan bengkak, keluar macam gegata. Waktu itu saya dan isteri di luar negara, tengok-tengok di rumah anak-anak pun kena. Tapi yang saya pelik pembantu rumah tak kena pula," katanya.

Dalam perkembangan lain, D’Herbs bakal menganjurkan Jualan Gudang Mega Hujung Tahun (Year End Sale) 2026 selama tujuh hari bermula 25 hingga 31 Disember depan.

Jualan itu akan berlangsung serentak di dua lokasi iaitu Wisma D’Herbs, Kota Damansara, Selangor dan Rumah Alumni UTM, Skudai, Johor.

Sepanjang penganjuran, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa dengan harga promosi serendah RM0.80 selain diskaun sehingga 80 peratus bagi barangan terpilih.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement