Skip to main content

Hiburan

Naim Daniel ‘Cover’ Lagu Jika, Netizen Luah Rasa Rindu - “Suka Tengok Lakonan & Suara Naim”

Naim Daniel

Ringkasan AI

  • Naim Daniel sering memuat naik video cover lagu di TikTok baru-baru ini.
  • Terbaharu, Naim menyanyikan lagu 'Jika' asal Melly Goeslaw dengan penuh penghayatan.
  • Video nyanyian Naim mendapat pujian ramai atas kualiti vokalnya.
  • Warganet menyatakan rindu untuk melihat Naim beraksi di televisyen semula.
  • Naim kini berdepan tuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja 17 tahun dan mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Sejak kebelakangan ini, penyanyi, Naim Daniel dilihat kerap memuat naik beberapa video dirinya melakukan ‘cover’ di TikTok.

Terbaharu, Naim tampil menyanyikan lagu ‘Jika’ nyanyian asal penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw.

Naim yang mengenakan baju berona kelabu dilihat menyampaikan lagu tersebut dengan suaranya yang lunak serta penuh penghayatan.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memuji kualiti vokal Naim.

Warganet juga menzahirkan rasa rindu melihat lakonan serta nyanyian Naim di kaca televisyen.

“Past is past, rindu tengok Naim bernyanyi dan berlakon lagi.”

“Belajar dari kesilapan ya bro, jangan ulangi kesilapan yang sama,’ komen netizen.

Terdahulu, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, terpalit dengan kontroversi selepas didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada 19 Mei lalu.

Naim walau bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 17 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan pelantun lagu ‘Sumpha’ itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement