Skip to main content

Selebriti

Najwa Latif Selamat Bersalin, Suami Ucap Rasa Syukur - “Tarikh Yang Bermakna, Ulang Tahun Perkahwinan kami Yang Ketiga” 

Najwa Latif Selamat Bersalin, Suami Ucap Rasa Syukur - “Tarikh Yang Bermakna, Ulang Tahun Perkahwinan kami Yang Ketiga” Najwa Latif Selamat Bersalin, Suami Ucap Rasa Syukur

Ringkasan AI

  • Penyanyi dan pensyarah muda, Najwa Latif, selamat melahirkan anak pertama pada 11 November 2025.
  • Tarikh kelahiran itu juga merupakan ulang tahun perkahwinan ketiga Najwa dan suaminya, Akwa.
  • Berita gembira ini dikongsikan oleh Akwa melalui Instagram dengan penuh rasa syukur.
  • Akwa memohon doa baik daripada peminat dan mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.
  • Najwa dan Akwa berkahwin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

Penyanyi dan pensyarah muda, Najwa Latif, selamat melahirkan cahaya mata pertama pada tarikh yang cukup bermakna iaitu ulang tahun perkahwinan ketiga mereka.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Akwa menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam perkongsian tersebut, Akwa meluahkan rasa syukur dan teruja dengan kehadiran ahli baharu dalam keluarga kecil mereka.

“Alhamdulillah, Najwa dan saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan cahaya mata pertama pada 11.11.2025.

“Tarikh yang lebih bermakna kerana ia juga ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga.

“Doakan yang baik-baik untuk kami, dan semoga setiap doa indah daripada anda semua dikembalikan dengan kebaikan yang lebih besar, insya-Allah. Parent level: unlocked!” tulisnya.

Terdahulu, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

Must-Watch Video

Advertisement