Skip to main content

Hiburan

“Nak Cari Isteri Jangan Cari Perempuan Pakai Emas Macam Ni” – Nam Ron

“Nak Cari Isteri Jangan Cari Perempuan Pakai Emas Macam Ni” – Nam Ron

Sekilas

  • Pelakon Nam Ron berkongsi pandangan lucu mengenai wanita yang gemar memakai barang kemas, mengatakan mereka biasanya 'mulut berbisa' dan sukar mengaku salah.
  • Nam Ron membandingkan isterinya yang tidak suka memakai barang kemas dan menyifatkan kehidupan mereka lebih aman dan damai.
  • Sebuah video pertengkaran tular di pusat beli-belah, namun lelaki terbabit sudah memohon maaf dan berusaha berdamai dengan wanita tersebut.
Advertisement

Pelakon Nam Ron mencuri perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai wanita yang gemar memakai barang kemas.

Menerusi Threads, Nam Ron memuat naik foto memaparkan tangan seorang wanita memakai beberapa gelang emas yang dipercayai merupakan tangkap layar daripada video pertengkaran tular di sebuah pusat beli-belah.

“Lelaki kalau nak cari isteri jangan cari perempuan yang pakai emas macam ini.

“Biasanya mulut mereka sangat berbisa. Nanti kena sembur boleh pekak telinga kalau tak buta mata pun,” katanya secara berseloroh.

Nam Ron turut mendakwa wanita seperti itu sukar menerima kesalahan sendiri sebelum membandingkannya dengan isterinya yang tidak gemar memakai barang kemas.

“Lagi satu jenis ini tak boleh terima kesalahan sendiri. Dia saja yang betul.

“Isteri saya jangan kata emas, besi pun dia tak ingin ada dekat tubuh dia. Sebab itu kehidupan saya aman dan damai. Jadi, contohilah saya,” ujarnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan pertengkaran antara seorang lelaki dengan seorang wanita di sebuah pusat beli-belah sehingga mencetuskan perhatian ramai.

Bagaimanapun, lelaki terbabit kemudian tampil memohon maaf dan menjelaskan situasi menjadi tegang selepas dia berang apabila barisannya dipotong sebelum menunjukkan isyarat tidak baik.

Dia turut memaklumkan sudah menghubungi wanita berkenaan bagi berdamai dan menjernihkan keadaan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

Running Adizero Pacer Shoes Men Black KZ6848

Running Adizero Pacer Shoes Men Black KZ6848

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Must Watch Video

Advertisement