Skip to main content

Berita Tempatan

Nak Jadi Penyampai Radio Tapi Tiada Pengalaman? THR GEGAR Cari Bakat Baharu, Hanya Perlu Video Seminit!

Nak Jadi Penyampai Radio Tapi Tiada Pengalaman? THR GEGAR Cari Bakat Baharu, Hanya Perlu Video Seminit!

Sekilas

  • THR GEGAR membuka peluang kepada anak muda berusia 19 hingga 32 tahun untuk menjadi penyampai radio melalui inisiatif #SuaraTHRGegar tanpa memerlukan pengalaman dalam bidang penyiaran.
  • Keutamaan diberikan kepada peserta dari Pantai Timur yang menguasai loghat Kelantan, Terengganu atau Pahang, tetapi penyertaan terbuka kepada semua.
  • Peserta hanya perlu muat naik video uji bakat berdurasi satu minit di media sosial dengan tanda pagar #SuaraTHRGegar dan akaun perlu disetkan kepada mod umum.
Advertisement

Pernah berangan mahu menjadi penyampai radio tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula? Ini mungkin peluang yang dinanti-nantikan!

THR GEGAR kini membuka peluang kepada anak muda berusia antara 19 hingga 32 tahun untuk mencuba nasib sebagai penyampai radio menerusi inisiatif #SuaraTHRGegar.

Advertisement

Menariknya, mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penyiaran juga dialu-alukan untuk menyertai pencarian bakat berkenaan.

Menurut Pengurus Jenama THR GEGAR, Azah Sahrin, inisiatif tersebut bertujuan mencari individu yang mempunyai suara, personaliti dan kreativiti tersendiri untuk diketengahkan dalam dunia penyiaran.

“Kami percaya ramai anak muda di luar sana mempunyai bakat dan personaliti tersendiri, tetapi mungkin belum mendapat peluang untuk mengetengahkan kebolehan mereka.

Advertisement

“Melalui #SuaraTHRGegar, kami mahu membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk mencuba dan menunjukkan bakat masing-masing,” katanya.

Lebih menarik, keutamaan diberikan kepada peserta yang berasal dari Pantai Timur, khususnya mereka yang mempunyai penguasaan loghat Kelantan, Terengganu atau Pahang.

Bagaimanapun, pencarian bakat tersebut tidak terhad kepada individu dari negeri berkenaan sahaja.

“Loghat dan dialek Pantai Timur merupakan antara keunikan yang menjadikan THR GEGAR begitu dekat dengan pendengar.

“Jadi, kami amat mengalu-alukan bakat yang mampu menampilkan identiti dan keaslian Pantai Timur dengan cara mereka sendiri,” ujarnya.

Bagi mereka yang berminat, cara penyertaannya juga cukup mudah.

Peserta hanya perlu menghasilkan video uji bakat berdurasi satu minit yang menonjolkan kebolehan dalam penyampaian, pengacaraan, penggunaan suara atau komunikasi.

Video tersebut kemudian perlu dimuat naik ke platform media sosial masing-masing dengan menggunakan tanda pagar #SuaraTHRGegar.

Peserta juga perlu memastikan akaun media sosial mereka ditetapkan kepada mod umum atau public supaya video berkenaan boleh dilihat oleh pihak penganjur.

Dalam pada itu, Azah menegaskan bahawa pengalaman bekerja dalam bidang radio bukanlah keutamaan dalam pemilihan bakat.

“Tak semestinya perlu mempunyai pengalaman dalam radio.

“Apa yang kami mahu lihat ialah keyakinan, keaslian, kreativiti dan bagaimana peserta mampu membawa diri serta berkomunikasi dengan pendengar.

“Mungkin daripada video satu minit itu, kami dapat menemui suara baharu THR GEGAR,” katanya.

Jadi, buat anak muda yang yakin mempunyai suara menarik, petah bercakap atau sering dipuji kerana pandai menghiburkan orang sekeliling, mungkin sudah tiba masanya untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai pencarian #SuaraTHRGegar boleh didapati menerusi platform media sosial rasmi THR GEGAR.

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Must Watch Video

Advertisement