Skip to main content

Hiburan

Nak Jumpa Didi & Friends, PAW Patrol, Cocomelon Dan Banyak Lagi? Jom Ke Astro Home of Kids, Masuk Percuma Je!

Nak Jumpa Didi & Friends, PAW Patrol, Cocomelon Dan Banyak Lagi? Jom Ke Astro Home of Kids, Masuk Percuma Je!

Sekilas

  • Astro Home of Kids 2026 akan berlangsung selama tiga hari di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 21 hingga 23 Ogos dengan tema 'Temui Impian Anda'.
  • Acara ini menawarkan pengalaman hiburan, pembelajaran dan permainan interaktif untuk kanak-kanak meneroka minat dan cita-cita mereka.
  • Pengunjung boleh bertemu watak popular seperti Didi & Friends, PAW Patrol dan Baby Shark serta menikmati pelbagai aktiviti kreatif dan barangan eksklusif secara percuma.
Advertisement

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, acara keluarga Astro Home of Kids 2026 bakal kembali menemui pengunjung dengan penganjuran selama tiga hari di Queensbay Mall, Pulau Pinang bermula 21 hingga 23 Ogos ini.

Mengangkat tema baharu, Temui Impian Anda, acara tersebut menawarkan pengalaman yang menggabungkan elemen hiburan, pembelajaran dan permainan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka minat serta cita-cita mereka.

Lebih menarik, pengunjung berpeluang bertemu dan bergambar bersama pelbagai karakter popular termasuk Didi & Friends, Oga & Friends, Makania, PAW Patrol, Pinkfong & Baby Shark, Cocomelon serta The Eggies.

Selain sesi bertemu watak kegemaran, Astro Home of Kids 2026 turut menyediakan pelbagai permainan interaktif, aktiviti kreatif dan zon pengalaman bertema untuk dinikmati seisi keluarga.

Aktiviti yang disediakan berteraskan konsep Temui Impian Anda bagi menggalakkan kanak-kanak mengenali pelbagai kerjaya, meneroka minat serta membayangkan peluang masa depan menerusi pendekatan pembelajaran sambil bermain.

Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan eksklusif menampilkan karakter kegemaran selain cenderamata edisi khas acara sebagai kenangan.

Bagi pelanggan Astro pula, Pas Fast Lane Meet & Greet boleh ditebus menerusi aplikasi My Astro bagi memberikan akses lebih pantas untuk sesi bertemu dan bergambar bersama karakter terpilih.

Astro Home of Kids 2026 berlangsung di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 21 hingga 23 Ogos ini dan kemasukan adalah percuma.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

【NEW ARRIVAL】PS5 Resident Evil Requiem | Resident Evil 9 Biohazard 9 Requiem (English Chinese Multilingual Version)

【NEW ARRIVAL】PS5 Resident Evil Requiem | Resident Evil 9 Biohazard 9 Requiem (English Chinese Multilingual Version)

Arai RX7-X Nakano '04 Green (Remake) Limited Edition

Arai RX7-X Nakano '04 Green (Remake) Limited Edition

Must Watch Video

Advertisement