Skip to main content

Hiburan

Nak Kekal Sihat & Bertenaga, Riezman Khuzaimi Aktif Main Pickleball

Riezman Khuzaimi

Sekilas

  • Pelakon Riezman Khuzaimi aktif bermain sukan pickleball untuk kekal sihat dan bertenaga pada usia 56 tahun.
  • Riezman memilih pickleball kerana ia membakar hampir 1,000 kalori dalam dua jam dan membantu mengekalkan berat badan sebelum projek filem terbaru.
  • Selain kekal aktif, sukan ini juga membuatkan Riezman dikenali dalam kalangan peminat muda, terutama yang berusia 20-an dan 30-an.

Bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan stamina, pelakon, Riezman Khuzaimi mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktif bermain sukan pickleball.

Menurut Riezman, penglibatannya dalam sukan itu bukan sekadar mengikut trend semasa tetapi lebih kepada mahu memastikan dirinya kekal bertenaga di kala usianya yang sudah mencecah 56 tahun.

"Saya nak kekalkan berat badan sekarang sebab akan terbabit untuk satu projek filem selepas Aidilfitri ini. 

"Kalau dulu pergi gim, berlari, tapi sekarang ini saya lebih suka main pickleball kerana boleh bakar hampir 1,000 kalori untuk tempoh dua jam permainan. 

"Jadi, lebih baik saya main sukan ini. Tak payah main terlalu hebat pun, biasa-biasa pun akan bakar banyak kalori," katanya kepada Gempak.

Riezman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui semasa Majlis Berbuka Filem Malaikat Malam yang diadakan di Kingston Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam masa yang, Riezman mengakui sukan tersebut secara tidak langsung telah membuatkannya dikenali dalam kalangan peminat yang lebih muda.

"Kalau dulu kebanyakan peminat saya daripada generasi senior, sekarang ramai golongan muda sekitar usia 20-an dan 30-an yang mengenali saya.

"Mereka ini memang peminat pickleball. Walaupun berpuasa saya tetap aktif bermain sukan ini," kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Riezman bakal tampil menerusi filem terbaharu berjudul Malaikat Malam.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasridin itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement