Skip to main content

Hiburan

Nak Makan KFC Lagi Jimat? Jom ‘Hunt’ Kod Rahsia Dalam Microdrama ‘I Love You Ms Assassin’

I Love You MS Assassin

Sekilas

  • KFC lancarkan kempen Jimat Padu dengan hidangan berbaloi seperti Nasi Original Recipe™ Padu dan Crispy Fillet Burger yang sesuai untuk gaya hidup aktif golongan muda.
  • Kempen ini turut disokong oleh microdrama 'I Love You Ms Assassin' yang menampilkan kod promo eksklusif untuk diskaun RM11 bagi setiap pesanan melalui KFC App dan laman web.
  • Tawaran kod promo sah dari 6 Ogos hingga 16 September 2026 dan hanya boleh ditebus sekali bagi setiap pengguna, sesuai untuk pesanan Delivery, Dine-In atau Self Collect.
Advertisement

Nak makan sedap, mengenyangkan dan berbaloi tanpa perlu fikir panjang tentang bajet?  

 

Advertisement

KFC kini tampil dengan Jimat Padu, pilihan hidangan yang membuktikan makanan yang berbaloi tak semestinya perlu mahal. 

 

Menerusi kempen “Jimat Padu!”, KFC mengetengahkan pilihan makanan yang bukan sahaja mesra poket, malah sesuai dinikmati pada bila-bila masa – sama ada ketika sibuk ke kelas, keluar bekerja atau sekadar mencari makanan untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. 

 

Antara pilihan yang ditawarkan menerusi rangkaian Jimat Padu ialah Nasi Original Recipe™ Padu dan Crispy Fillet Burger, yang direka khas untuk gaya hidup masyarakat khususnya golongan muda yang sentiasa bergerak dan mahukan makanan yang mudah, sedap serta berbaloi. 

 

Lebih menarik, KFC turut membawa kempen ini ke dalam microdrama ‘I Love You Ms Assassin’, sekali gus memberi peluang kepada penonton untuk mendapatkan tawaran eksklusif sambil mengikuti jalan cerita drama berkenaan. 

 

 

 

Jangan terlepas pandang kerana kod promo eksklusif akan muncul di beberapa episod, jadi penonton perlu lebih peka dan ‘alert’ ketika menonton untuk mendapatkan kod tersebut. 

 

Bagi yang berjaya menemui kod berkenaan, gunakan kod promo eksklusif untuk menikmati RM11 OFF bagi keseluruhan order. Tertakluk Terma & Syarat.  

 

Tawaran ini sah sepanjang tempoh tayangan drama, iaitu: 

 

📌 6 Ogos 2026 – 16 September 2026 

 

Kod promo boleh ditebus menerusi KFC App dan laman web KFC untuk pesanan Delivery, Dine-In atau Self Collect. 

 

Namun, jangan lupa – kod ini hanya boleh ditebus sekali bagi setiap pengguna dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan. 

 

Jadi, sambil layan I Love You Ms Assassin, apa kata ‘hunt’ sekali kod promo yang muncul dalam drama? 

Mana tahu, rezeki dapat makan KFC dengan harga lebih jimat! 

 

Lagi Jimat, Lagi Padu! Camni Lah Padu! 

 

Sinopsis I Love You Ms Assassin 

 

Khairina ialah seorang wanita muda yang cantik yang bekerja sebagai pembunuh upahan profesional. Sasaran terbarunya ialah Farish, seorang ahli perniagaan kacak dari keluarga kaya dan berpengaruh. Walau bagaimanapun, keadaan tidak berjalan seperti yang dirancang apabila Farish terbukti sukar untuk dibunuh. Setiap percubaan Khairina dalam hidupnya digagalkan dengan mudah oleh Farish sendiri. Pada masa yang sama, Farish mula jatuh cinta dengan Khairina. Daripada melayannya seperti musuh, dia memikatnya dengan kebaikan, kecerdasan, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. 

 

Setiap kali Khairina muncul untuk menjalankan misinya, Farish menyambutnya seperti tetamu kehormat, melayannya seperti seorang puteri dan bukannya pembunuh upahan. Lama-kelamaan, Khairina mendapati dirinya jatuh cinta dengan Farish juga. Kedua-duanya akhirnya berkahwin, dan Khairina memutuskan untuk bersara daripada hidupnya sebagai pembunuh upahan. Walau bagaimanapun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama apabila seorang pembunuh upahan lain dihantar untuk menghapuskan Farish.  

 

Khairina dan Farish mesti berjuang untuk melindungi nyawa mereka dan mendedahkan kebenaran. Sebab Farish menjadi sasaran adalah kerana dia telah dituduh secara salah sebagai seorang lelaki yang kejam dan korup. Hakikatnya, Farish seorang yang baik hati dan menggunakan kekayaannya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Apabila kebenaran mula terbongkar, Khairina menyedari bahawa lelaki yang diupah untuk dibunuhnya adalah lelaki yang patut dilindungi. 

@bambamstudiosofficial EPISOD 1 : Alamak, dipuji cantik lak..Tergangu lah nak jalankan misi ni.. Saksikan #ILOVEYOUMSASSASSIN dan jangan terlepas kod promo eksklusif yang akan muncul sepanjang drama ini! #KFC #KFCJimatPadu #KFCMember #ytjt ♬ original sound - bambamstudiosofficial

Anda mungkin berminat dengan

popia simpul 500gram

popia simpul 500gram

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must Watch Video

Advertisement