Skip to main content

Selebriti

Nak Pasangan Buat Lamaran Romantik Dengan ‘Drone Show’? Fazley Pesan Kena Rajin Gelak Macam DSV - “Tak Kisah Mengilai Asalkan…”

Nak Pasangan Buat Lamaran Romantik Dengan ‘Drone Show’? Fazley Pesan Kena Rajin Gelak Macam DSV - “Tak Kisah Mengilai Asalkan…”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi pesanan lucu untuk lelaki yang mahu buat lamaran romantis dengan persembahan dron, suruh tanya dulu pasangan mereka.
  • Fazley kata pasangan yang nak dron show kena ada sifat macam Datuk Seri Vida, termasuk penyayang, sabar, manja, dan pandai ambil hati.
  • Fazley pernah melamar DSV dengan cincin RM7,000 dan 1,200 dron semasa 11.11 Mega Stock Live Concert sebagai momen istimewa.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob secara berseloroh berkongsi pesanan buat golongan lelaki yang mahu menggembirakan pasangan masing-masing dengan lamaran romantis seperti persembahan dron.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley mencadangkan agar kaum lelaki bertanya terlebih dahulu kepada pasangan sama ada mereka turut menginginkan persembahan dron sama seperti yang diberikan olehnya kepada Datuk Seri Vida (DSV).

Advertisement

Bagaimanapun, Fazley secara berseloroh mengatakan pasangan yang mahukan pertunjukkan itu juga seharusnya memiliki sifat dan keperibadian seperti Vida.

“Pesanan buat para lelaki (Bf, tunang or suami), cuba tanya pasangan, kalau betul diorang nak dron show jugak, diorang kena lah jadi macam DSV.

“Penyayang, penyabar, manja, cantik bila bermake up dan cantik juga bila buang make up, pandai ambil hati, pandai bancuh sambal budu, rajin gelak (tak kisah lah mengilai sekali pun asalkan membahagiakan),” kongsinya.

Advertisement

Terdahulu, Fazley mencuri perhatian ramai apabila melamar DSV ketika 11.11 Mega Stock Live Concert. 

Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran DSV memakai mahkota atau crown. 

Malah, Fazley menyediakan 1,200 dron bagi mencantikkan lagi momen lamarannya terhadap DSV.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement