Personaliti media sosial, Sofea Shra sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi video rutin solekan khas buat golongan ibu yang perlu menguruskan anak kecil pada pagi Hari Raya.
Menerusi perkongsian tersebut, Sofea tampil dengan pendekatan berbeza apabila menggunakan bayi sebenar bagi menunjukkan situasi sebenar yang dihadapi oleh para ibu ketika bersiap.
Menurut Sofea, idea itu tercetus selepas dia menerima pelbagai komen daripada golongan ibu tahun lalu yang merasakan demonstrasi sebelum ini kurang realistik.
“Tahun lepas saya guna thumbler untuk tunjuk demo dekat mak-mak yang anda boleh buat makeup dengan satu tangan sahaja, tapi komuniti mak-mak komen balik semula dan cakap ia tidak adil kerana tumbler itu tidak sama seperti anak kecil.
“Jadi saya akan cari benda yang boleh bergerak, no more tumbler. jadi kita akan guna kipas atau saya ada jumpa sesuatu hari tu dan ia adalah benda paling dekat untuk kita samakan dengan situasi sebenar,” katanya.
@sfeashraa special video untuk mak mak yang teringin nak makeup time raya nanti tapi takut tak terbuat sbb ada anak kecik🥹👩🏻🍼 so harini, i nak tunjuk SIMPLE and beginner-friendly makeup look untuk mak mak supaya you guys pun boleh cantik cantik di pagi raya nanti!🫶🏻 love you mommies!!🥰 I dh listkan apa i guna tapi boleh je pakai APA AP yang you dah ada ataupun yang available dkt drugstores🤭💓 Products Used: Anastasia Beverly Hills brow mascara Timephoria cushion foundation Timephoria liquid blush code Serene Pece Timephoria comtour stick code Solar Charlotte Tilbury compact powder Anastasia Beverly Hills mascara Anstasia Beverly Hills lipstick code “Kiss” and code “Crush” for ombre One Size setting spray Acuvue Define contact lens code Fresh Hazel #makeupmakmak #makeupmalaysia #raya2026 #makeupraya ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) - Lill Lilly
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui terkejut apabila mendapati bayi yang ditampilkan Sofea sebenarnya bukan patung, sebaliknya bayi sebenar.
Malah ramai memuji usaha Sofea yang dianggap sanggup melakukan apa sahaja bagi menunjukkan realiti sebenar kehidupan seorang ibu.
“Weh i ingatkan realistic silicon baby mula-mula 😭 bila datang dekat lahh baby betul.
“BABYY REALL rupanya dlm almari tu sofea?!!!😭😂😂 effort betulsss sofea kite😂
“Sofea i selalunya silent watcher je tapi effort u sumpah out of this world
“ANAK SAPE PULAKKK DIA AMEK NIHH
“Guys beginila, ragam baby/anak memang berbeza. I think Sofea dah give her best to help mummies to give an idea on how to do makeup while manage your mummy-role. So, lets focus on that and practice rather than "tapi sofea ragam anak berbeza bla bla". Okay ladies, ramai-ramai say "Thank you Sofea" kay.
“Ini mmg real effort 😭😭😭😭 i dh follow you for years but your effort still amazed me everytime 😭 dhla i igt baby tu baby doll cpr tu HAHAHA rupanya betul ko
“I WAS ABOUT TO SUGGEST KUCING YANG GEMOKK TIBA² YOU BAWAK BABY BETUL HAHAHA ADOII
“CONTENT CREATOR OF THE YEAR. THE EFFORT🤌🏻,” komen netizen.
Sumber: TikTok Sofea Shra