Skip to main content

Selebriti

Nam Ron Kongsi Kisah Lucu Rambut Buat Hal, Stylist Pun ‘Surrender’ - “Di Malaysia Okay, Tapi Bila Di New Zealand…”

Nam Ron Kongsi Kisah Lucu Rambut Buat Hal, Stylist Pun ‘Surrender’ - “Di Malaysia Okay, Tapi Bila Di New Zealand…”

Sekilas

  • Nam Ron kongsi pengalaman lucu rambutnya susah diurus akibat angin kuat semasa penggambaran filem TERBANG di New Zealand.
  • Dia perlu datang awal ke set untuk styling rambut bagi watak Rahim, yang tidak menjadi masalah ketika penggambaran di Malaysia.
  • Filem TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali Karamjit Singh dan kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk format 4DX.
Advertisement

Pelakon, Nam Ron berkongsi momen lucu ketika menjalani penggambaran filem TERBANG di New Zealand apabila rambutnya sukar diurus akibat tiupan angin yang kuat.

Berkongsi mengenai perkara itu, Nam Ron berkata ketika berada di sana, dia perlu hadir lebih awal ke set penggambaran bagi mendapatkan sentuhan rambut daripada jurugaya untuk menjayakan watak Rahim.

Advertisement

Menurut Nam Ron keadaan rambutnya sepanjang menjalani penggambaran di Malaysia tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Bagi watak Rahim, saya perlu datang awal ke set penggambaran filem Terbang untuk buat rambut dengan stylist.

“Sepanjang shoot di Malaysia, rambut saya terletak elok,” coretnya.

Advertisement

Namun kata Nam Ron, lain pula jadinya ketika berada di New Zealand.

Lebih mencuit hati, keadaan tersebut membuatkan beberapa individu menyamakan penampilannya sebagai tokoh fizik terkenal iaitu Albert Einstein.

“Tapi, bila di New Zealand rambut saya mula buat perangai. Angin kuat membuatkan rambut saya tak duduk diam. Stylist pun dah surrender.

“Dan, ketika di New Zealand inilah ramai orang mula nampak Rahim seperti Albert Einstein,” kongsinya.

TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain mengetengahkan semangat kerjasama, kepercayaan dan perjuangan sesebuah pasukan.

Filem yang turut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon dan Diana Danielle itu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement