Sekilas
- Liana Rosli atau Kak KM menafikan mengenali pempengaruh yang menegur penampilan dirinya dan suaminya di media sosial.
- Kak KM menganggap tindakan pempengaruh itu sebagai usaha untuk tumpang populariti dan mempersoalkan niat sebenar teguran terbuka tersebut.
- Beliau menegaskan bahawa membuka aib orang lain secara terbuka bukan perkara yang wajar dan boleh mengundang dosa.
Usahawan sensasi, Liana Rosli, membidas kenyataan seorang pempengaruh yang didakwa menegur penampilan dirinya serta suaminya di media sosial.
Menurut Liana, atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM, dia sendiri tidak mengenali individu berkenaan dan menyifatkan tindakan memetik namanya sebagai cubaan untuk meraih perhatian.
“Boleh tunjukkan gambar, saya tak kenal. Kadang-kadang orang petik-petik nama kita ni sebab dia langsung tak glamour. Jadi mungkin dia nak tumpang populariti. Tapi tak apa, kau nak cakap apa, cakaplah,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, Kak KM juga mempersoalkan niat sebenar pempengaruh itu yang dilihat menegur secara terbuka di platform media sosial.
Tambahnya lagi, tindakan membuka aib individu lain secara terbuka juga bukan sesuatu yang wajar, malah boleh mengundang dosa.
“Dia dah kahwin belum? Sibuk nak cakap pasal laki orang. Kau dah tentu baik ke? Kalau betul-betul nak berdakwah, cakap elok-elok. Kenapa nak buka dan malukan orang dekat Threads?
“Kau kena tahu satu hal, kalau kau nak malukan orang macam tu, kau lagi tak takut dosa ke? Jangan ingat diri tu ahli syurga. Rileks,” tegasnya.
Sebelum ini, nama Kak KM menjadi perhatian apabila seorang pempengaruh menegur penampilannya di media sosial. Malah, individu sama turut mengaitkan suami Kak KM dalam teguran tersebut, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.