Sekilas
- Wany Hasrita menafikan dakwaan menggunakan namanya untuk mendapatkan khidmat penggambaran foto dan video secara peribadi.
- Wany menasihati jurufoto dan juruvideo supaya berhati-hati dan tidak menjadi mangsa scammer yang menyamar menggunakan identitinya.
- Wany berharap individu yang menyamar itu diberikan taufik dan hidayah agar tidak meneruskan perbuatan tidak bermoral tersebut.
Penyanyi, Wany Hasrita menyorot perhatian apabila memaklumkan terdapat individu yang mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk mendapatkan khidmat penggambaran foto dan video secara peribadi.
Menerusi ciapan di Threads, Wany yang memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp individu itu tampil menafikan perkara tersebut dan berharap agar para jurufoto dan juruvideo berhati-hati dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scammer.
“Selamat pagi. Untuk semua jurufoto atau juruvideo yang terima WhatsApp dari ‘saya’ yang ingin hire untuk buat ‘private photo atau video shoot’ ingin saya tekankan di sini, itu BUKAN SAYA.
“Maaf untuk segala kesulitan,” tulisnya di Threads.
Sementara itu, pelantun lagu Menahan Rindu ini berharap individu berkenaan diberikan taufik dan hidayah serta tidak meneruskan perbuatan tidak bermoral itu.
“Dan untuk awak yang menyamar, hmm nak doa semoga masuk neraka tapi takpelah.
“Semoga diberikan taufik & hidayah. Aamiin,” tambahnya.
Sumber: Threads