Skip to main content
Advertisement

Bollywood

Nampak Kurus & Letih, Penampilan Terkini Salman Khan Cetus Kebimbangan Peminat - "Apa Dah Jadi?"

Nampak Kurus & Letih, Penampilan Terkini Salman Khan Cetus Kebimbangan Peminat - "Apa Dah Jadi?"

Sekilas

  • Penampilan terbaru Salman Khan di acara rasmi di Mumbai mencuri perhatian netizen kerana kelihatan lebih kurus dan letih.
  • Peminat meluahkan kebimbangan mengenai kesihatan pelakon itu di media sosial, walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Salman atau wakilnya.
  • Salman memuat naik hantaran di Instagram beberapa hari selepas video tular, yang dianggap sebagai respons tidak langsung terhadap kebimbangan peminat.
Advertisement

Penampilan terbaharu bintang Bollywood, Salman Khan, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas video kehadirannya di sebuah acara rasmi di Mumbai tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, Salman menghadiri majlis perasmian pusat sokongan baharu milik Slum Rehabilitation Authority (SRA). Namun, tumpuan netizen lebih terarah kepada penampilan fizikal aktor berusia 60 tahun itu yang disifatkan kelihatan lebih kurus dan keletihan berbanding kebiasaannya.

Advertisement

Susulan itu, ruangan komen media sosial dibanjiri pelbagai reaksi daripada peminat yang meluahkan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan pelakon filem Sikandar itu.

Ada yang berharap Salman berada dalam keadaan baik, manakala segelintir pengguna media sosial mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan hanya berdasarkan rakaman video yang tular.

"Apa yang berlaku kepada Salman Khan? Harap dia baik-baik saja."

Advertisement

"Dia nampak sangat letih. Semoga semuanya dalam keadaan baik."

"Saya harap dia menjaga kesihatannya. Doakan Salman sentiasa sihat," tulis beberapa warganet.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Arati Sawant (@aratisawant22)

 

 

Sehingga kini, Salman atau wakilnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi yang berlegar mengenai keadaan kesihatannya.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas video itu menjadi bualan, Salman memuat naik satu hantaran di Instagram yang dianggap ramai sebagai respons secara tidak langsung terhadap kebimbangan peminat, meskipun beliau tidak menyebut isu tersebut secara khusus.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement