Skip to main content

Budaya Popular

Nampak Lembaga Rambut Panjang Di Tingkap, Tidur Sekatil Dengan Pocong! Ini 5 Penampakan Hantu Yang Pernah Viral Di Malaysia

vdv

Kisah seram dan penampakan makhluk halus sememangnya tidak asing bagi masyarakat Malaysia yang masih kuat berpegang pada kepercayaan terhadap perkara mistik.

Dalam era media sosial kini, semakin banyak rakaman dan video penampakan entiti misteri tular di TikTok dan X (Twitter), hingga mengundang pelbagai reaksi antara yang percaya dan skeptikal.

Advertisement

Berikut lima penampakan hantu yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia baru-baru ini:

  1. Pocong Serumah Di Shah Alam
dvd

Bukan sekadar ternampak kelibat, malah tidur sekatil!

Itulah pengalaman menyeramkan seorang gadis dikenali sebagai Nina yang mendakwa menjadi teman serumah kepada pocong selama beberapa hari tanpa disedari.

Kisah itu tular selepas dikongsikan di media sosial, apabila Nina menceritakan dia baru berpindah ke Shah Alam untuk bekerja dan menyewa sebuah bilik yang dikatakan hanya didiami seorang penghuni lain.

Namun, sejak malam pertama, dia sering mendengar bunyi di dapur dan terasa seperti diperhatikan.

Apa yang lebih mengejutkan, pada satu malam, dia tersedar daripada tidur dan ternampak sosok putih tanpa wajah berbaring di sebelahnya di atas katil yang sama.

2. Hantu Bersari di Kapar

dfdf

Sekitar tahun 2019, penduduk Kapar, Selangor digemparkan dengan penampakan wanita berpakaian sari merah berjalan sendirian di jalan kampung menjelang Subuh.

Ramai percaya ia jelmaan roh wanita yang mati tidak tenang selepas kemalangan di kawasan itu bertahun-tahun dahulu.

Beberapa saksi mendakwa makhluk itu tidak berpijak di tanah dan hilang sebaik sahaja cuba ditegur. 

Video pendek yang dirakam sempat mendapat lebih 2 juta tontonan di media sosial sebelum dipadam oleh pemilik akaun kerana ‘terganggu’ selepas memuat naiknya.

3. Penampakan ‘Pamakbul’  Yang Kononnya Memakbulkan Hajat

vdvdv

Cerita tentang entiti ghaib dikenali sebagai pamakbul ini mula tersebar dari pantai di Pantai Timur kononnya entiti berwajah wanita berpakaian seperti puteri lama sering muncul kepada mereka yang datang ke pesisir pada malam tertentu.

Menurut kisah penduduk tempatan, dia bukan sekadar penunggu, tetapi makhluk yang ‘menawar janji’.

Ada yang mendakwa, sesiapa yang berani memanggil namanya dan melakukan ritual tertentu di laut akan diberi apa saja yang dihajati  kekayaan, cinta, malah nyawa baru.

Namun setiap hajat dikatakan datang dengan bayaran yang tidak dijangka sehinggakan ada yang melibatkan nyawa.

4. Penampakan ‘Makhluk Hitam’ Di Lebuh Raya Karak

Nama Karak memang sinonim dengan kisah misteri. Beberapa pemandu mendakwa pernah melihat lembaga bertubuh besar dan hitam melintas jalan dengan laju sebelum hilang di selekoh.

Ada juga pemandu lori mengaku melihat perempuan berambut panjang duduk di atas pembahagi jalan, namun tiada siapa bila diperiksa semula.

5. Gangguan Misteri Di Kompleks Kerajaan Putrajaya

ddfd

Kecoh di media sosial apabila sebuah kompleks kerajaan di Putrajaya dikatakan diganggu makhluk halus!

Beberapa gambar dan video tular memperlihatkan imej entiti berpakaian putih dan berambut panjang muncul di dalam bangunan berkenaan.

Dalam foto yang tersebar, kelihatan seorang pekerja pembersihan sedang mencuci tandas ketika bayangan misteri dirakam di cermin tanpa disedari.

Lebih menyeramkan, papan tanda laluan kecemasan dilihat bergoyang dengan sendiri walaupun tiada angin kuat di kawasan tersebut.

Susulan kejadian, penghuni blok dikatakan memanggil perawat perubatan Islam untuk ‘membersihkan’ dan ‘memagar’ kawasan itu.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki berpakaian kemas merenjis air sambil ayat ruqyah berkumandang di seluruh pejabat.

Must-Watch Video

Advertisement