Sekilas
- Nabila Razali mendapat pujian ramai atas lakonannya yang natural dalam drama terbaharu, Sesaat Lebih.
- Seorang pengguna Threads memuji Nabila sebagai pelakon yang power dan sesuai fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
- Rata-rata netizen turut bersetuju dan memuji prestasi lakonan Nabila yang dianggap lebih baik daripada sesetengah pelakon profesional.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali meraih pujian ramai selepas lakonannya menerusi drama terbaharu, Sesaat Lebih tular di media sosial.
Menerusi Threads, seorang pengguna bernama Fairus berpendapat lakonan Nabila Razali dalam drama tersebut begitu natural dan tidak dibuat-buat.
Malah dia juga berpendapat bahawa Nabila sangat sesuai untuk berlakon meskipun memulakan karier sebagai seorang penyanyi.
“Dah lama perasan, Nabila Razali ni lakonan dia power juga dan bukan kategori kayu.
“Mula perasan lakonan dia bagus ketika dia berlakon cerita petang-petang untuk iklan syampu dahulu,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Fairus turut berseloroh mengatakan Nabila sepatutnya memberikan fokus penuh terhadap bidang lakonan berbanding nyanyian.
Bila tengok cerita tu, terdetik Nabila patut fokus berlakon daripada menyanyi sebab lakonan dia lagi bagus dari sesetengah pelakon yang memang berlakon saja,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sependapat dengan Fairus dan memuji lakonan Nabila.



Sumber: Threads