Skip to main content

Hiburan

Namron Kongsi Rahsia Bahagiakan Isteri, Titip Pesan Kepada Lelaki Cari Pasangan Ikut Kemampuan

Namron

Sekilas

  • Namron berkongsi bahawa membahagiakan isteri bukan hanya dengan memenuhi keperluan asas seperti makan, minum dan tempat tinggal, tetapi juga dengan menunaikan apa saja yang diinginkan isteri.
  • Pelakon itu menasihatkan suami supaya memilih pasangan yang sesuai dengan kemampuan diri kerana kehidupan berumah tangga mempunyai kos penyelenggaraan tersendiri.
  • Menurut Namron, isteri yang memahami kemampuan suami dan tidak meminta lebih dari kemampuan itu adalah yang paling dihargai, kerana kasih sayang dan keikhlasan lebih penting daripada kemewahan.
Advertisement

Pelakon Namron berkongsi pandangan mengenai cara membahagiakan isteri yang menurutnya bukan sekadar menyediakan keperluan asas seperti makan, minum dan tempat tinggal. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Namron berkata selain keperluan yang wajib disediakan, suami juga boleh menggembirkan isteri dengan memberikan apa saja yang dimahukan. 

 

“Petua bahagiakan isteri. Petua satu. Cukupkan segala keperluannya. Bukan sekadar makan minum dan tempat tinggal. 

 

“Kalau dia suka emas belikan emas, dia nak kereta belikan kereta, dia nak bercuti keluar negara bawa dia pergi, senang cakap tunaikan apa saja yang dia nak,” kongsinya. 

Advertisement

 

Bagaimanapun, pelakon filem Terbang itu turut mengingatkan golongan lelaki supaya memilih pasangan yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

 

Menurut Namron, kehidupan berumah tangga juga mempunyai ‘kos maintenance’ tersendiri, justeru suami perlu bijak menilai kemampuan diri.

 

“Tetapi kena ingat. Isteri ni macam kita pakai kereta la. Kalau kita pakai kereta continental atau kereta mewah kos maintenance akan tinggi.  

 

“Kalau pakai kereta lokal macam myvi kos maintenance rendah tapi still boleh cucuk kereta conti kat highway. Jadi cari isteri yang kos maintenance rendah kalau kita tak mampu. 

 

“Tak pakai emas tak apa, tak ada kereta tak apa, tak bawa bercuti ke luar negara tak meragam. Dia ikut kemampuan kita. Dia hanya mendambakan kasih sayang dan keikhlasan hati kita,” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Xiaomi 20,000mAh Fast Power Bank

Xiaomi 20,000mAh Fast Power Bank

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Must Watch Video

Advertisement