Skip to main content

Kpop

Nana Mohon Maaf Kontroversi ‘Bibir’ Dalam The Scandal

Nana Mohon Maaf Kontroversi ‘Bibir’ Dalam The Scandal

Sekilas

  • Pelakon Lim Jin-a atau Nana memohon maaf selepas dikritik kerana bibirnya yang dianggap tidak sesuai dalam siri Netflix, The Scandal.
  • Nana mengakui kesilapan memilih untuk melakukan filler bibir dan berasa bersalah kerana peminat turut terkesan dengan kritikan tersebut.
  • The Scandal, yang diadaptasi dari novel klasik Dangerous Liaisons, kini berada di tangga ketujuh dalam Top 10 siri TV bukan berbahasa Inggeris di Netflix.
Advertisement

Pelakon Lim Jin-a atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Nana, tampil memohon maaf susulan kontroversi yang tercetus selepas kemunculannya dalam siri Netflix, The Scandal.

Nana dikritik kerana memiliki bibir yang ‘berlebihan’ kerana melakukan filler pada bahagian tersebut.

Advertisement

Kontroversi tercetus selepas penampilan Nana dalam siri tersebut dipersoalkan segelintir penonton, khususnya mengenai bentuk bibirnya yang dianggap kurang sesuai dengan latar sejarah serta karakter yang dibawakan.

Dalam siri berkenaan, Nana melakonkan watak Hui-yeon, seorang balu dari era Joseon yang meninggalkan kehidupan duniawi demi menjalani kehidupan penuh kesucian dan menjaga kehormatan dirinya.

Menerusi aplikasi Bubble, sebuah platform pemesejan berbayar yang membolehkan peminat berkomunikasi secara peribadi dengan artis, Nana menyentuh mengenai kontroversi berkenaan, lapor The Korea Herald.

Advertisement

“Jika bibir saya membuatkan penonton berasa tidak selesa, itu adalah kesilapan saya. Saya rasa ia merupakan pilihan peribadi yang tidak tepat untuk saya sebagai seorang pelakon,” tulisnya.

Nana turut meluahkan rasa bersalah kerana mengetahui peminat yang menyayanginya mungkin turut terkesan melihat kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Saya boleh bayangkan peminat yang menyayangi saya pasti berasa terluka melihat kritikan keras yang ditujukan kepada saya. Jadi, saya lebih meminta maaf,” katanya lagi.

Tambah Nana, dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang supaya dirinya dan peminat dapat berkongsi lebih banyak perkara positif bersama.

The Scandal merupakan siri lapan episod yang mengadaptasi semula novel klasik Perancis Dangerous Liaisons karya Pierre Choderlos de Laclos. Kisah tersebut sebelum ini turut diadaptasi menerusi filem Korea Selatan, Untold Scandal pada 2003.

Siri Netflix itu mula ditayangkan pada Jumaat dan tiga hari kemudian menduduki tangga ketujuh dalam senarai Top 10 siri TV bukan berbahasa Inggeris di Netflix, berdasarkan data yang dikongsikan menerusi Tudum, laman rasmi Netflix.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement