Skip to main content

Hiburan

Nash Terima 52 Jahitan, Terlibat Kemalangan Motosikal Ketika Pulang Dari Surau

Nash Terima 52 Jahitan, Terlibat Kemalangan Motosikal Ketika Pulang Dari Surau

Sekilas

  • Datuk Nash mengalami kemalangan motosikal ketika pulang dari surau dan menerima 52 jahitan di kepala dan dahi kiri.
  • Beliau hanya mengalami kecederaan luaran dan tiada kecederaan serius dalaman selepas pemeriksaan hospital.
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Nash di hospital, namun keluarga meminta ruang untuk beliau berehat tanpa pelawat.
Advertisement

Penyanyi rock legenda, Datuk Nash menerima 52 jahitan selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika perjalanan pulang dari surau pada Rabu.

Walau bagaimanapun, Nash meluahkan rasa syukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran dan memaklumkan tiada kecederaan serius pada bahagian dalaman.

Advertisement

"Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar yang membantu saya malam tadi.

"Alhamdulillah, saya hanya mengalami kecederaan luaran di bahagian kepala, manakala pemeriksaan dalaman mendapati tiada yang serius," katanya.

Berkongsi mengenai kemalangan yang berlaku, pelantun lagu Pada Syurga Di Wajahmu ini memaklumkan dia menunggang motosikal pulang ke rumah selepas menunaikan solat Isyak di surau berhampiran kediamannya.

Advertisement

"Selepas solat, saya mengikuti ceramah dan barulah pulang ke rumah. Keadaan cuaca pula hujan. Dalam perjalanan itulah kemalangan berlaku.

"Minta maaf kerana saya tidak dapat buka mata buat masa ini," katanya lagi.

Nash kemudiannya dikejarkan ke Hospital Shah Alam sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sini, hari ini.

Akibat kemalangan itu, Nash menerima 24 jahitan di kepala dan 28 jahitan di bahagian dahi kiri.

Nash turut menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, anggota keluarga yang berada di hospital meminta Nash diberikan ruang untuk berehat dan tidak membenarkan kehadiran pelawat buat masa ini.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement