Skip to main content

Hiburan

Nasihat Untuk Kaum Adam, Hariz Hamdan Tekankan Keluarga Sebagai Keutamaan - “Hidup Makin Tenang…”

Hariz Hamdan

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri perhatian warganet selepas berkongsi nasihat ringkas namun bermakna mengenai keutamaan dalam kehidupan, khususnya buat golongan lelaki.

Menerusi satu hantaran di Threads, Hariz menekankan kepentingan meletakkan keluarga sebagai keutamaan utama dalam setiap keputusan yang dibuat.

“Family first, dapat bonus belanja family. Dapat bonus? Belanja family.

“Nak staycation? Ajak family. Nak tolong orang? Tolong family,” katanya. 

Perkongsian tersebut dibuat selepas seorang individu meminta nasihat daripadanya khusus buat kaum Adam tentang prinsip hidup dan tanggungjawab sebagai seorang lelaki.

Menurut Hariz, meletakkan keluarga sebagai keutamaan bukan sahaja memberi kebahagiaan kepada insan tersayang, malah membantu seseorang itu menjalani kehidupan yang lebih tenang dan teratur dari segi emosi serta mental.

“Alhamdulillah, sejak letak family no 1 ni, hidup makin tenang,” tulisnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan nasihat yang dikongsikan oleh pelakon muda tersebut. 

Sebelum ini, Hariz juga berkongsi pengalaman sukar ketika mula menceburi bidang hiburan pada usia 18 tahun selepas menyertai Hero Remaja. 

Semasa makan bersama keluarga, Hariz memberi lebihan ayam goreng kepada seekor kucing sambil berdoa agar rezekinya dipermudahkan.

Sebulan selepas itu, Hariz mendapat tawaran kerja pertamanya dan empat tahun kemudian, dia semakin menyukai kucing serta bersyukur dengan rezeki yang diterima.

Must-Watch Video

Advertisement