Skip to main content

Hiburan

Natalie Imbruglia Malu Ketika Hadapi Perimenopaus, Persoal Tekanan Masyarakat Terhadap Wanita

Natalie Imbruglia Malu Ketika Hadapi Perimenopaus, Persoal Tekanan Masyarakat Terhadap Wanita

Sekilas

  • Natalie Imbruglia berkongsi rasa malu ketika melalui fasa perimenopaus yang disifatkannya sebagai isu kesihatan mental dan tekanan masyarakat terhadap wanita yang menua.
  • Dia mendedahkan pernah disuruh berdiam diri apabila cuba bercakap mengenai perimenopaus di hadapan lelaki, namun ini mendorongnya untuk lebih terbuka berkongsi pengalaman.
  • Perkongsian Imbruglia membuka perbincangan tentang budaya memalukan wanita sejak kecil, termasuk tabiat menyembunyikan perkara berkaitan tubuh dan haid.
Advertisement

Penyanyi yang cukup popular sekitar akhir 90-an, Natalie Imbruglia, mendedahkan berasa malu sewaktu melalui fasa perimenopaus.

Imbruglia, 51, mengatakan perasaan malu itu timbul secara semula jadi yang disifatkannya tercetus kerana bimbang melihat diri tidak lagi subur seperti sebelumnya.

Advertisement

Selain itu, penyanyi lagu Torn itu menyifatkan tekanan masyarakat yang membentuk persepsi terhadap wanita dan proses penuaan.

“Saya malu sewaktu melalui proses fasa perimenopous. Saya fikir, ini adalah isu kesihatan mental. Setiap wanita akan melaluinya, mungkin sehingga 12 tahun,” ujarnya sewaktu ditemu bual dalam program BBC Woman’s Hour.

Dia  turut mendedahkan  pernah ada individu yang cuba menyuruhnya berdiam diri apabila dia cuba bercakap mengenai perimenopaus di hadapan lelaki. Perkara itu membuatnya semakin terdorong untuk bersuara.

Baginya, rasa ‘malu’ yang pada mula mengganggunya itu akhirnya menjadi pencetus untuk berkongsi pengalaman secara terbuka.

Dia mahu membuka ruang supaya lebih ramai wanita berani bercakap mengenai perubahan yang berlaku kepada tubuh mereka tanpa rasa malu atau takut dinilai.

Isu yang dibangkitkan Imbruglia turut membuka perbincangan lebih besar mengenai bagaimana masyarakat melihat wanita apabila mereka semakin berusia.

Perkongsian penyanyi itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang bersetuju ketakutan terhadap proses penuaan menyumbang kepada rasa malu ketika melalui menopaus.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa budaya memalukan wanita dan tubuh mereka sebenarnya sudah bermula sejak seorang kanak-kanak perempuan mendapat haid buat kali pertama.

Seorang pengguna media sosial berkongsi pandangan bahawa wanita sejak kecil sudah dibiasakan untuk menyembunyikan perkara berkaitan tubuh mereka.

Antaranya termasuk menyembunyikan produk haid, darah serta kesakitan yang dialami setiap bulan.

Menurutnya, pengalaman melalui perimenopaus dan menopaus hanyalah kesinambungan daripada budaya tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement