Skip to main content

Hiburan

Nazim Othman Jadi ‘Anxiety’ Selepas Tercucuk Mata Nia Atasha - “Saya Takut & Asyik Fikir…”

Astrogempak NAZIM

Sekilas

  • Nazim Othman mengalami detik cemas apabila secara tidak sengaja mencucuk mata Nia Atasha ketika penggambaran drama Griya.
  • Insiden itu menyebabkan penggambaran tergendala seketika, namun Nia menunjukkan sikap profesional dan menenangkan Nazim.
  • Nazim juga berkongsi pengalaman menerima tamparan daripada Dynas Mokhtar demi tuntutan watak dan menghargai kerjasama pasukan produksi.

Pelakon, Nazim Othman mengakui berdepan detik cemas ketika sedang menjalani penggambaran apabila secara tidak sengaja tercucuk mata aktres, Nia Atasha ketika menjayakan satu babak dalam drama Griya.

Menurut Nazim, insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang merakamkan babak yang memerlukan dia mengasari watak yang dilakonkan Nia.

“Babak itu saya perlu mengasari Nia. Jadi ketika kami cuba mencari sudut yang sesuai dan kamera pula menggunakan teknik hand-held, pergerakan saya terlajak sedikit sehingga terkena matanya.

“Saya terus kena anxiety dalam situasi itu. Kasar ketika berlakon itu satu perkara, tetapi bila perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan benar-benar mencederakan orang, itu perkara lain.

“Sudah tentu saya rasa sangat bersalah. Saya takut dan asyik fikir macam mana keadaan mata dia. Lagi-lagi dia seorang perempuan. Memang saya rasa bersalah sangat,” katanya.

Bagaimanapun, Nazim bersyukur apabila Nia menunjukkan sikap profesional dan matang dalam menangani situasi tersebut.
 

Insiden itu turut menyebabkan penggambaran tergendala seketika kerana masing-masing perlu menenangkan diri sebelum sambung semula.

“Nia seorang pelakon yang sangat profesional. Dia juga seorang individu yang matang. Malah dia pula yang cuba menenangkan saya kerana saya terlalu risau.

“Siapa yang tak risau? Mata adalah bahagian yang sangat sensitif dan halus. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai pengalaman di set penggambaran, Nazim turut berseloroh apabila mendedahkan dirinya menerima satu lagi 'habuan' selepas insiden tersebut apabila ditampar oleh pelakon Dynas Mokhtar demi menjayakan tuntutan watak.

Menurut Nazim, meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang penggambaran, dia tetap bersyukur kerana dikelilingi oleh pasukan produksi yang sentiasa saling membantu antara satu sama lain.

“Lepas kejadian itu, saya pula tertampar Dynas. Astaghfirullahalazim.

“Saya sangat bersyukur dengan watak ini dan keseluruhan pasukan yang terlibat. Saya suka bekerja dengan mereka semua. Tiada siapa boleh bekerja seorang diri. Tak kira sehebat mana pun seseorang pelakon itu, dia tetap memerlukan bantuan orang lain.

“Sebab itu saya sangat menghargai bukan sahaja para pelakon dan pengarah, tetapi juga kru di belakang tabir yang bekerja keras menjayakan sesebuah naskhah,” tambahnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement