Sekilas
- NBDY lancar koleksi wangian baharu, NOBODY Volume 2: Symphony Master Collection, hasil kolaborasi dengan Master Perfumer antarabangsa Christian Provenzano.
- Koleksi ini menampilkan empat wangian unik dengan konsep 'Symphony of Notes' yang menggabungkan seni muzik dan wangian dalam satu ekspresi kreatif.
- NBDY juga perkenal NBDY Club dan rangkaian aksesori NBDY Objects, memperluaskan jenama ke arah komuniti dan produk reka bentuk selain wangian.
Jenama wangian Malaysia, NBDY memperkenalkan NOBODY Volume 2: Symphony Master Collection baru-baru ini.
Istimewanya, koleksi wangian baharu itu terdiri daripada empat wangian hasil kolaborasi bersama Master Perfumer antarabangsa, Christian Provenzano hanya tiga bulan selepas NBDY mula diperkenalkan kepada pasaran Malaysia.

Master Perfumer dan Global Director of Perfumery di CPL Aromas, Provenzano membawa pengalaman lebih lima dekad dalam industri wangian antarabangsa ke dalam kolaborasi ini.
Penglibatannya menjadi satu pencapaian penting buat NBDY, yang baru sahaja memperkenalkan koleksi pertamanya, NOBODY Volume 1, pada Jun 2026.
Symphony Master Collection menampilkan empat wangian Extrait de Parfum, Dahléa Regia, Altiér Ego, Amoré Fati dan Atlas Doré di bawah konsep kreatif ‘Symphony of Notes’.

Setiap wangian mempunyai identiti olfaktori tersendiri, namun kesemuanya digabungkan dalam satu koleksi yang menekankan individualiti, kepakaran dan pendekatan kontemporari terhadap seni wangian.
Konsep ‘Symphony of Notes’ turut diilhamkan daripada latar belakang kreatif Provenzano sendiri.
Sebelum membina kerjaya dalam dunia perfumery, beliau merupakan seorang pemain gitar dan pemuzik yang pernah membuat persembahan di seluruh Eropah.

Konsep ini menyatukan dua bentuk komposisi muzik dan wangian di mana setiap nota disusun, diseimbangkan dan digabungkan bagi menghasilkan satu ekspresi yang lengkap.
Di sebalik perkembangan itu, NBDY terus berpegang pada falsafah asalnya, ‘nobody is nobody” iaitu satu kepercayaan bahawa nilai seseorang tidak ditentukan oleh status, latar belakang atau ukuran pengiktirafan tertentu.
Aksesibiliti turut menjadi antara fokus utama bagi NOBODY Volume 2 dan setiap wangian diperkenalkan pada harga global RM359
Untuk pasaran Malaysia, NBDY menawarkan harga khas RM219, manakala ahli NBDY boleh menikmatinya pada harga eksklusif RM179 menerusi nbdy.world.
Melalui pendekatan ini, NBDY mahu menjadikan wangian bertaraf tinggi lebih mudah diakses oleh lebih ramai pengguna, sambil mengekalkan standard dan aspirasi kreatif yang dibawa oleh koleksi tersebut.

Pelancaran itu bukan sekadar memperkenalkan koleksi wangian baharu, malah turut menjadi pentas untuk memperkenalkan dunia NBDY yang semakin berkembang.
Para tetamu berpeluang mencuba keempat-empat wangian melalui sesi scent discovery dan pengenalan produk, manakala persembahan secara langsung daripada artis tempatan Tuju dan Najwa membawa konsep ‘Symphony of Notes’ ke dalam elemen muzik dan budaya.
Acara tersebut turut menyaksikan pelancaran NBDY Club, sebuah platform yang diwujudkan untuk memperkukuh hubungan NBDY dengan pempengaruh, affiliate dan komuniti jenama.
Melalui NBDY Club, ahli komuniti diberi peluang untuk terlibat dengan lebih dekat dalam perkembangan jenama menerusi penghasilan kreatif, peluang komersial dan pelbagai inisiatif bersama NBDY, sekali gus melangkaui hubungan tradisional antara pelanggan dan jenama.
Pada masa yang sama, NBDY turut memperkenalkan rangkaian baharu NBDY Objects, iaitu koleksi aksesori berfungsi dan produk berasaskan reka bentuk yang memperluaskan dunia NBDY melangkaui kategori wangian.
Rangkaian ini merangkumi pembawa wangian, beg, aksesori, set discovery, serta NBDY Block, yang menempatkan keseluruhan koleksi Symphony of Notes.
NBDY Objects membawa identiti visual jenama itu ke dalam produk yang direka untuk kegunaan harian, perjalanan dan ekspresi peribadi.
Gabungan NOBODY Volume 2, NBDY Club dan NBDY Objects mencerminkan perkembangan NBDY ke arah sebuah dunia jenama yang lebih luas merangkumi wangian, reka bentuk dan komuniti.
NOBODY Volume 2: Symphony of Notes kini boleh didapati di nbdy.world pada harga RM219 bagi setiap wangian dan RM179 untuk ahli NBDY.
Koleksi itu dijadualkan berada di TikTok Shop rasmi NBDY pada Oktober 2026.